Trending
“Kalau Pintu Kereta Tak Tutup Dalam 10 Saat, Jatuh Talak” – Baru 4 Bulan Kahwin, Suami Letak 2 Taklik Mengarut
Wanita keliru status perkahwinan selepas suami ugut talak melalui mesej.
Baru empat bulan berkahwin, seorang wanita kini hidup dalam kekeliruan apabila mendakwa suaminya meletakkan taklik secara lisan yang akhirnya benar-benar berlaku.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, wanita tersebut berkata, suami melafazkan taklik bahawa jika pintu kereta tidak ditutup dalam masa 10 saat, talak akan jatuh.
Suami kira dalam 10, ugut jatuh talak
Dia tidak sempat menutup pintu kereta dalam masa yang ditentukan menyebabkan dia keliru sama ada taklik itu sah.

Selepas insiden itu, suaminya didakwa menghantar mesej berbaur ugutan termasuk menyebut tentang talak tiga jika dia tidak pulang dalam tempoh masa tertentu.
Ketika itu, si isteri melarikan diri kerana takut dicederakan.

Namun, wanita itu memaklumkan suaminya kemudian mendakwa dia tidak melafazkan talak seperti yang diugut dalam mesej tersebut.
Disebabkan kejadian tersebut, si isteri kini keliru dengan dua perkara utama iaitu sama ada taklik pertama sudah menjatuhkan talak satu dan sama ada mesej ugutan tersebut boleh dikira sebagai talak tiga.
Dia kini berharap ada pihak yang lebih arif dapat memberikan penjelasan kerana bimbang status perkahwinannya berada dalam keadaan tidak jelas.
Pssttt! Isu seperti ini bukan perkara kecil kerana ia melibatkan hukum agama dan masa depan rumah tangga. Dalam keadaan penuh emosi dan ugutan, perkara seperti talak tidak boleh dibuat main. Sebaiknya, kes seperti ini perlu dirujuk segera ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kepastian yang sah dan adil.
Kredit: Facebook Permasalahan Kes Di Mahkamah Syariah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM