Connect with us

Oh! Media

“Dia Nyanyi 1 Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan” – Syed Saddiq Tak Halang Bella Astillah Teruskan Kerjaya

Ohmedia syed Saddiq Bella Astillah

Oh! Artis

“Dia Nyanyi 1 Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan” – Syed Saddiq Tak Halang Bella Astillah Teruskan Kerjaya

Syed Saddiq tidak bersetuju apabila netizen meminta Bella berhenti kerja dan hanya hadiri majlis rasmi.

Keputusan besar dalam hidup seperti perkahwinan selalunya datang dengan pelbagai persoalan, lebih-lebih lagi bila melibatkan dua dunia berbeza.

Namun bagi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, cinta bukan alasan untuk menghalang impian pasangan.

BACA: Bella Astillah Panggil Ibu Syed Saddiq ‘Mama’

IKLAN

Menerusi potongan video podcast Lebih Masa, Syed Saddiq tampil menjelaskan pendiriannya terhadap kerjaya tunangnya, Bella Astillah, selepas mereka berkahwin kelak.

Tak adil sekat impian demi kepentingan sendiri

Menurut Syed Saddiq, adalah sesuatu yang tidak adil jika beliau menghalang kerjaya Bella hanya kerana dirinya seorang ahli politik.

Katanya, setiap individu berhak mengejar impian masing-masing tanpa sekatan, walaupun selepas mendirikan rumah tangga.

View on Threads

Sebagai pasangan yang serius menuju ke fasa seterusnya, mereka juga sudah banyak berbincang mengenai hala tuju kehidupan termasuk kerjaya masing-masing.

Malah, beliau mengakui ada kebimbangan bahawa kerjayanya dalam politik yang sering lantang bersuara mungkin memberi kesan kepada perjalanan seni Bella suatu hari nanti.

“Satu malam Bella menyanyi bersamaan gaji saya sebulan”

Syed Saddiq turut berkongsi realiti berbeza antara dunia politik dan industri hiburan. Pengalaman beliau dalam bidang modelling dan sebagai duta produk membuka mata tentang perbezaan bayaran yang sangat ketara.

Bayaran di luar sana jauh lebih baik, saya pernah kongsi dengan tunang saya. Kalau dia pergi menyanyi, satu malam bersamaan gaji saya sebulan. Bila saya buat shooting, shooting satu hari bersamaan 2-3 bulan gaji ahli Parlimen.

Kenyataan ini jelas menunjukkan beliau memahami dan menghargai nilai kerjaya yang diceburi oleh Bella.

Dalam masa sama, Syed Saddiq menafikan dakwaan bahawa Bella hanya akan menjadi ‘isteri ahli politik’ yang hadir ke majlis rasmi semata-mata selepas berkahwin nanti.

Sebaliknya, beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada Bella untuk terus aktif dalam industri hiburan dan mengejar impian yang telah dibina sejak sekian lama.

Beliau juga berharap agar Bella tidak perlu melalui cabaran yang sama seperti isteri-isteri ahli politik lain.

Pssttt! Pendekatan Syed Saddiq ini wajar dipuji kerana menghormati impian pasangan tanpa mengongkong. Dalam dunia moden hari ini, sokongan seperti inilah yang sepatutnya jadi contoh. Perkahwinan bukan penamat impian, tapi ruang untuk dua individu terus berkembang bersama.

Kredit: Thread Nurrazie131
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas