Connect with us

Oh! Media

Azar Azmi Perjelas Isu Anak Dan Dakwaan Punca Cerai Suami

Ohmedia azar Azmi

Trending

Azar Azmi Perjelas Isu Anak Dan Dakwaan Punca Cerai Suami

Azar Azmi perjelas isu anak tiri dan nafi jadi punca perceraian suami.

Pelakon, Azar Azmi akhirnya tampil bersuara selepas timbul kekeliruan mengenai anak-anak tirinya.

Menurut laporan Oh Bulan, Azar berkata tujuh orang anak tiri suaminya bukan di bawah jagaannya, sebaliknya berada bersama ibu kandung masing-masing.

Ya, semua anak tirinya ada dengan ibu mereka. Lagipun, siapa yang keluarkan kenyataan yang cakap saya jaga mereka semua? Tidak.

Anak tiri semua di bawah tanggungan ibu kandung mereka sendiri. Yang saya jaga hanyalah anak saya sendiri.

Nafi jadi punca rumah tangga suami retak

Azar Azmi

Dalam masa sama, pelakon drama Nur 2 itu turut menafikan dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan rumah tangga suaminya, Mohd Apri Hazreen, dengan bekas isteri.

IKLAN

Azar menjelaskan bahawa dia hanya mengenali suaminya selepas perceraian berlaku, malah hubungan mereka bermula secara serius tanpa fasa percintaan panjang.

Saya memang kenal suami saya selepas mereka berpisah. Saya dan suami pun tidak pernah bercinta… kemudian perkara itu menjadi serius.

“Nak cakap apa, terpulang…” – Azar Azmi

Azar Azmi
Kredit Foto Oh Bulan

Mengulas mengenai kecaman netizen, Azar memilih untuk tidak melayan spekulasi yang bertebaran kerana percaya hanya mereka yang tahu kebenaran akan memahami situasi sebenar.

Terpulang nak percaya atau tidak, hanya orang yang tahu sahaja akan percaya. Saya tidak perlu nak ambil serius terhadap pandangan mereka.

Untuk rekod, Azar mendirikan rumah tangga dengan Mohd Apri pada tahun 2021 dan kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia tiga dan empat tahun.

Fokus utama kini hanyalah kepada keluarga kecilnya sendiri tanpa terpalit dengan spekulasi yang tidak berasas.

Pssttt! Dalam era media sosial, mudah untuk salah faham berlaku. Dengar kedua-dua belah pihak sebelum membuat penilaian agar tidak menambah luka orang lain.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas