Connect with us

Oh! Media

Tendang Cermin Sisi Myvi, Penunggang Motosikal Terima Kecaman Netizen

Trending

Tendang Cermin Sisi Myvi, Penunggang Motosikal Terima Kecaman Netizen

Myvi! Kenderaan ini tidak asing lagi dan sering menjadi buah mulut masyarakat oleh kerana sering terkait dengan pelbagai kontroversi di jalan raya.

ADVERTISEMENT

BACA: Viral Foto Myvi Hitam Di Traffic Light, Lelaki Jelaskan Situasi Sebenar

Kenderaan itu juga turut digelar King oleh pengguna jalan raya selepas kelasakan serta aksinya yang sering dilihat agak berbahaya sehingga terlibat dengan kemalangan.

Namun, tidak semua kenderaan Myvi layak dihukum kerana kesalahan seorang yang memandunya. Rata-rata pemandu Myvi juga berdisplin serta mematahui peraturan di jalan raya.

Penunggang motosikal tendang cermin sisi Myvi

Walaubagaimanapun, sekali lagi kita mendengarkan berita kurang menyenangkan melibatkan Myvi, namun bukan kenderaan itu yang berbuat salah sebaliknya menjadi mangsa dalam sebuah kejadian.

Hal itu selepas seorang penunggang motosikal yang bertindak menendang cermin sisi kenderaan itu oleh kerana tidak berpuas hati dengannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @mhadnan765, pada asalnya Perodua Myvi itu ingin menukar lorong kanan dan telah memberikan lampu isyarat.

Bagaimanapun, terdapat beberapa buah motosikal yang melalui lorong itu membunyikan hon seakan-akan tidak berpuas hati dengan tindakan kenderaan itu.

Lebih mengejutkan, salah seorang daripada penunggang motosikal itu nekad menendang cermin sisi kenderaan tersebut sebelum meneruskan perjalanan.

Mungkin individu itu bertindak sedemikian kerana kenderaan itu menukar lorong secara tiba-tiba. Namun, pemandu itu telahpun memberikan lampu isyarat lebih awal.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan kecaman kepada penunggang motosikal itu selain menggesa individu tersebut dikenakan tindakan.

Setakat ini, hantaran itu telah mencapai lebih daripada 20,000 tontonan serta mendapat reaksi daripada 70 netizen.

Kredit: Twitter mhadnan765 I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas