Connect with us

Oh! Media

Kenderaan Masuk Dari Singapura Perlu Ada VEP! Rakyat Jiran ‘Panas Hati’?

Ohmedia saman singapura vep

Oh! Negara

Kenderaan Masuk Dari Singapura Perlu Ada VEP! Rakyat Jiran ‘Panas Hati’?

Mulai 1 Oktober lepas, kerajaan Malaysia telah mewajibkan kenderaan asing dari Singapura untuk memiliki Permit Masuk Kenderaan (VEP). Langkah ini bertujuan memastikan kenderaan asing yang masuk mematuhi peraturan jalan raya Malaysia.

Jadi, untuk korang yang ada kawan atau saudara di Singapura, pastikan diorang tahu tentang peraturan baru ni ok! Jangan pula rasa tak puas hati ke apa sebab dah makin melampau, ramai yang dah kena saman trafik tapi tak bayar.

Apa itu Permit Masuk Kenderaan VEP?

Image

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini sudahpun mengumumkan pelaksanaan peraturan ini dilakukan di dua pintu masuk utama di Johor, iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

IKLAN

Ia penting untuk mengawal selia keselamatan dan memastikan pemandu asing mematuhi undang-undang yang ditetapkan sepanjang berada dalam negara kita.

Image
Image

Reaksi netizen Singapura: Ada yang tak puas hati ke weh?

Baru-baru ni, satu hantaran di Facebook jadi tular di mana dia menunjukkan cara tag RFID VEP keluaran JPJ berfungsi. Dalam video tu, kita dapat lihat sebuah kereta yang dikenakan denda dan saman PDRM dipaparkan di papan tanda LED.

Walaupun ada yang sokong langkah ini, sesetengah rakyat Singapura merasakan sistem ni menyusahkan. Ada yang siap kata, bilangan warga Singapura yang akan masuk ke Malaysia mungkin akan berkurang kalau sistem ni diteruskan. Diorang rasa seolah-olah ini tekanan tambahan dan tak adil.

Saman tertunggak sampai RM3.5 juta nak pejam mata?

Image

Sebelum ni, dilaporkan terdapat RM3.5 juta saman trafik tertunggak melibatkan warga Singapura di Malaysia. Disebabkan masalah inilah kerajaan perkenalkan sistem VEP ni, nak pastikan semua pemandu patuh peraturan dan negara tidak menanggung kerugian.

#OhmediaNasihat

Kadang-kadang, kita kena faham peraturan baru ni bukan nak menyusahkan, tapi untuk pastikan keselamatan semua pihak. Kalau kita lawat negara lain, kita pun kena ikut undang-undang di sana.

Apa pun, penting untuk saling menghormati dan sama-sama pastikan perjalanan lancar, selamat, dan tak serabut!

Ohmedia saman singapura vep

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas