Connect with us

Oh! Media

Lelaki Pakistan Akhirnya Dicekup, 7 Hari Sembunyi Dalam Hutan Dan Tapak Pembinaan

ohmedia pakistan lari penjara

Trending

Lelaki Pakistan Akhirnya Dicekup, 7 Hari Sembunyi Dalam Hutan Dan Tapak Pembinaan

Lelaki Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh ditangkap selepas 7 hari bersembunyi dalam hutan dan tapak pembinaan.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai suspek melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh dalam satu operasi pada 18 April 2026, jam 5 petang.

Menerusi Facebook Jabatan Imegresen Malaysia, Operasi ini dijalankan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas selepas enam hari risikan, termasuk kerjasama maklumat daripada Kedutaan Pakistan.

Lelaki Pakistan lari lagi tapi gagal

pakistan lari

Suspek berjaya dikesan di kawasan Jalan Gombak Lama sebelum cuba melarikan diri sekali lagi. Namun, tindakannya berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa.

IKLAN

Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

7 hari hidup dalam hutan, curi baju untuk elak dikesan

pakistan lari 2

Menurut siasatan awal, suspek mengaku meloloskan diri ketika turun dari trak polis pada 9 April lalu.

Sepanjang tujuh hari itu, dia hidup dalam keadaan mencabar bersembunyi dalam hutan pada waktu siang, menyelinap ke tapak pembinaan pada waktu malam dan mencuri pakaian untuk elak dikesan.

Semua ini dilakukan bagi mengelakkan ancaman keselamatan termasuk binatang buas dan pihak berkuasa.

Semakan mendapati suspek tiba di Malaysia pada 11 Januari 2025 melalui KLIA dan diberikan Pas Lawatan Sosial selama 30 hari.

Pengecaman oleh wakil Kedutaan Pakistan turut mengesahkan identiti suspek sebagai individu yang melarikan diri daripada tahanan.

Kini, suspek ditahan di Depot Imigresen dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pihak JIM menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras pendatang tanpa izin (PATI).

Pssttt! Jangan sesekali melanggar undang-undang atau melindungi pesalah. Keselamatan negara tanggungjawab bersama.

Kredit: Jabatan Imegresen Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas