Connect with us

Oh! Media

Pelajar ‘Berkicap’ Ditampar, Tular Rakaman Dashcam Bongkar Situasi Kejadian?

dashcam

Trending

Pelajar ‘Berkicap’ Ditampar, Tular Rakaman Dashcam Bongkar Situasi Kejadian?

Baru-baru ini, tular di media sosial insiden seorang pelajar Tingkatan Lima ditampar hingga cedera di bahagian hidung.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya berhampiran Saujana Impian di Kajang, Selangor.

IKLAN

Suspek berusia 39 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Rakaman dashcam sebelum kejadian tular

Terbaru, rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam) suspek pula tular di media sosial sejak semalam memberikan sudut pandang baharu mengenai kejadian ini.

video viral

Dalam video dashcam tular, pelajar tersebut dilihat membelok secara mengejut ke kanan dari laluan bertentangan, menyebabkan lelaki berkenaan terkejut dan terpaksa menekan brek kecemasan bagi mengelak perlanggaran.

Pelajar tak ada lesen

dashcam

Ada yang berpendapat bahawa pelajar itu sememangnya melakukan kesalahan kerana memandu secara berbahaya, namun sebahagian lagi tetap berpegang kepada pandangan bahawa lelaki tersebut tidak seharusnya bertindak agresif hingga mencederakan pelajar itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan satu laporan polis telah dibuat pelajar terbabit.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan saman trafik.

dashcam

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: The Reporter | Kosmo!


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas