Connect with us

Oh! Media

Tak Sangka Kanak-Kanak Termakan Khinzir Panggang Sebenarnya Pelajar Tahfiz

khinzir

Oh! Tidak

Tak Sangka Kanak-Kanak Termakan Khinzir Panggang Sebenarnya Pelajar Tahfiz

Sebelum ini, Ohmedia ada berkongsi kisah seorang kanak-kanak yang termakan khinzir panggang gara-gara kesilapan penghantar makanan. Walaupun mufti ada memaklumkan tidak berdosa memakan binatang itu kerana tidak tahu tetapi ada pula cerita lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Rider Salah Hantar Makanan, Anak-Anak Terjamah Khinzir Panggang

Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Tokki dalam satu perkongsian mendedahkan kanak-kanak terbabit adalah pelajar tahfiz di madrasah dan dalam usaha untuk menghafaz Al-Quran.

Tokki persoal macam mana insiden ini boleh berlaku sedangkan beg penghantar sudah diasingkan…

Dalam keadaan ini pengguna itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat penghantar namun adakah silap untuk pengguna yakin dengan syarikat terbabit?

Perlukah pengguna mengelak daripada menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak bertanggungjawab soal ini.

Bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengguna memesan makanan dari restoran halal. Adakah penghantar makanan mengambil makanan dari dua restoran tanpa mengira status halal sehingga berlaku kesilapan.

Tokki dalam pada itu turut merasakan syarikat penghantar makanan sebesar ini mampu melantik pegawai untuk memantau serta memastikan perkara ini tidak pernah berlaku.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas