Connect with us

Oh! Media

iQOO Z9

Branded

Break Free! Bebas Dari Kekangan, iQOO Z9 Peranti Middle Range, Dengan Harga Berpatutan, Mampu Membuatkan Gamers TERPUKAU! 

Kebebasan, kekuatan dan keyakinan diri. Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh salah satu jenama peranti elektronik bagi peranti terbaru yang diperkenalkan mereka. 

“Break Free” telah menjadi slogan bagi peranti terbaru yang dikeluarkan oleh iQOO iaitu iQOO Z9 yang telah dilancarkan secara dalam talian. 

Tapi kenapa iQOO Z9 menggunakan slogan “Break Free”? 

Melalui peranti ini, iQOO ingin memberi motivasi dan inspirasi, untuk berani mengejar dan menghadapi cabaran dalam apa jua keadaan. 

Walaupun iQOO Z9 merupakan peranti Middle Range, tetapi ia dilengkapi dengan inovasi dan teknologi terkini. Tak percaya? iQOO Z9 pun dah boleh gunakan NFC tau. Harga CONFIRM mesra poket! 

Baru-baru ini, kami ada share tentang iQOO Z9. Dah kongsi tu, maksudnya berminat la kan. Mana taknya, walaupun Middle Range, specs dia POWER tau. Kalau korang nak tahu meh kami kongsi.

iQOO Z9 Dilengkapi Dengan SNAPDRAGON 7 GEN 3   

iQOO Z9

Specs yang paling kami suka dari iQOO Z9 ni adalah chip yang mereka gunakan iaitu SNAPDRAGON 7 GEN 3. 

Chip terbaru dari SNAPDRAGON ini mampu memberikan kelajuan dan kecekapan dalam segi performance yang di luar jangkauan ramai tau. 

Korang yang suka main game mesti tahu betapa POWER chip ni kan. Dah tak perlu risau asyik stuck je, boleh main sampai pagi dengan kelajuan yang menakjubkan!  

Chip dah power, bateri dia macam mana pula?

6000mAH Ultra Thin Graphit Battery Bagi Telefon Pintar POWER BREAKTHROUGH 

iQOO Z9

Korang nak peranti dengan performance yang power? Bateri pun kenalah tahan lama kan. Barulah tak ada apa-apa kekangan.  

iQOO telah mencipta satu revolusi baru untuk peranti pintar dengan menggunakan bateri BlueVolt yang mempunyai kapasiti bateri sehingga 6000mAH dan FlashCharge sehingga 80W. Ia direka secara eksklusif untuk telefon pintar POWER BREAKTHROUGH.

Eh, korang jangan risau tau. Walaupun peranti terbaru iQOO ini mempunyai kapasiti bateri yang cukup besar, berat iQOO Z9 ini hanya 199 gram. 

Mestilah kapasiti lebih besar, tapi lebih ringan dengan Ultra Thin Graphit Battery yang digunakan untuk iQOO Z9. Standard yang baharu untuk ketahanan yang lebih DIPERCAYAI! 

Ha, baru la best nak main game. Boleh tahan lagi lama, tapi tak berat! 

BREAK FREE Dengan Resolusi Sehingga 1.5K 144Hz 

iQOO Z9

Kalau dah bercakap tentang peranti untuk gaming ni kan, mestilah kita nak resolusi yang tinggi. Barulah best nak main game. Tapi, risau juga kalau terlalu tinggi. Bahaya untuk mata nanti. 

Eh, jangan risau. Walaupun peranti iQOO Z9 ini dilengkapi dengan 6.78” AMOLED, dan resolusi 1.5K yang membolehkan korang dapatkan warna yang lebih cantik dan resolusi yang lebih tinggi. 

iQOO Z9 juga mempunyai 3840 PWM Dimming yang bertindak sebagai pelindung untuk mata korang. Dah tak perlu risau nak gunakan peranti lebih lama la kan. 

iQOO Z9

Dilengkapi Dengan Kamera Dual Sensor Sony IMX 882 

iQOO Z9

Biasanya, peranti gaming ni specs dah power tapi kamera pula yang masalah. Kalau korang nak tahu, apa yang membezakan iQOO Z9 dengan peranti yang lain adalah ia didatangkan dengan Dual Sensor Camera. 

Paling penting, kamera utama iQOO Z9 ni menggunakan 50MP Sony IMX 882. Wow, peranti Middle Range pun gunakan kamera Sony tau.  

iQOO Z9 juga mempunyai perisian terkini Funtouch OS 14.

Dapatkan Tawaran Serendah RM999 & Hadiah Menarik Buat Pengguna iQOO Z9 

Korang nak jadi pengguna terawal peranti iQOO Z9 dan nikmati tawaran menarik? Senang je. Korang boleh mula dapatkan peranti ini bermula sekarang dengan pelbagai tawaran yang disediakan. 

Antara tawaran dan hadiah yang disediakan adalah seperti berikut: 

iQOO Z9
  1. iQOO Z9 5G (12GB+256GB) = RM1,499 
  2. iQOO Z9 5G (12GB+256GB) = RM1,399 (Eksklusif bagi pembelian secara online) 

Hadiah percuma bernilai RM168

(Bag galas iQOO, Percuma 1 tahun Screen Crack Protection, vivo TWS 3e) 

iQOO Z9
  1. iQOO Z9x 5G (12GB+256GB) = RM1,199
  2. iQOO Z9x 5G (8GB+256GB) = RM1,099 (Eksklusif bagi pembelian secara online)  
  3. iQOO Z9x 5G (8GB+128GB) = RM999 (Eksklusif di Shopee) 

Hadiah percuma bernilai RM187

( Pelekat iQOO, Percuma 1 tahun Screen Crack Protection, PINERGY Powerbank (Hanya untuk iQOO Z9x 5G (8GB+256GB) sahaja),  vivo TWS 3e)  

Ini baru betul jimat! Korang tunggu apa lagi, jom dapatkan iQOO Z9 dan iQOO Z9x di mana-mana stokis vivo berdekatan atau secara online. Korang juga boleh dapatkan peranti ini di Shopee dan Lazada.  

Untuk maklumat lanjut, tentang peranti terbaru iQOO korang boleh klik di SINI

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Saya bukan ratu berita tapi RATU PENULIS KANDUNGAN BERBAYAR HIHIHI

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas