Connect with us

Oh! Media

Pasangan Bawa Bayi 11 Bulan Naik Motosikal Dengan Alat Pernafasan Sebenarnya Belum Kahwin?

Pasangan Bawa Bayi Guna Alat Pernafasan Belum Kahwin

Trending

Pasangan Bawa Bayi 11 Bulan Naik Motosikal Dengan Alat Pernafasan Sebenarnya Belum Kahwin?

Sebelum ini tersebar gambar di media sosial menunjukkan si ibu menggendong bayinya berusia 11 bulan yang bergantung dengan alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ditunggang bapa bayi dalam perjalanan ke hospital undang perhatian ramai.

ADVERTISEMENT

BACATersebar Gambar Bayi 11 Bulan Dengan Alat Pernafasan, Bapa Sebak Terima Bantuan Kereta

Terbaru! Menerusi satu video yang dimuat naik 15gagmy, seorang imam Masjid Al’Maarufi menjelaskan yang pasangan suami dan isteri itu sebenarnya belum berkahwin. Biar betul?

Status hubungan mereka masih lagi belum berkahwin dan masih dalam proses untuk berkahwin. Saya nak minta kepada semua, penjelasan saya tidak melibatkan anaknya yang sakit kronik itu. 

Saya hanya mengatakan dan saya hendak membersihkan nama komuniti dan nama jawatankuasa masjid tentang status hubungan kedua orang itu dan status anak itu yang masih belum diketahui sama ada saf taraf ataupun tidak.

Jadi petang kelmarin, kami bertindak dengan memberi arahan kepada mereka untuk tidak tinggal sekali dalam satu rumah.

Imam itu juga menasihatkan supaya orang luar perlu berhubung dan bertanya dulu untuk sesuatu perkara.

Berhubung dulu dengan ketua-ketua tempat penduduk contohnya macam saya imam, ketua kampung dan sebagainya yang berautoriti untuk menjawab persoalan-persoalan.

Bukannya terus main masuk sebab kita memang akan pantau apa anak kariah kita buat. Assalamualaikum.

Kredit: Instagram 15gagmy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas