Connect with us

Oh! Media

Rakan Paksa Jalani Pemeriksaan, Lepas Bangun Dapat Tahu Kemaluan Dibuang

Rakan Paksa

Oh! Tidak

Rakan Paksa Jalani Pemeriksaan, Lepas Bangun Dapat Tahu Kemaluan Dibuang

Ibarat mimpi negeri! Bertukar jadi perempuan selepas dipaksa oleh rakan untuk menjalani pemeriksaan di hospital. Inilah yang terjadi kepada seorang pemuda di India.

BACA: Polis Tahan Dan Siasat ‘Influencer’ Tunjuk Kemaluan Ketika Buat Panggilan Video Bersama Wanita

Mangsa yang berumur 20 tahun mendakwa dia telah dibawa ke hospital oleh rakannya namun selepas sedar dari tidur, kemaluannya telah dibuang.

IKLAN

Difahamkan ketika di hospital rakannya telah memanipulasikan doktor untuk melakukan pembedahan itu.

Kemaluan dibuang

Lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan telah diancam dan dianiaya sejak dua tahun lalu yang membuatkannya ikut sahaja kemahuan suspek.

Ancam untuk temb*k bapa

Tak cukup dengan itu, suspek juga didakwa telah mengancam untuk menembak bapa mangsa dan merampas bahagian tanah keluarganya selain daripada mengancam tentang keganasan ahli keluarag jika mengetahui perkara ini.

Satu jawatankuasa turut menuduh pihak hospital memperdagangkan manusia selain pembedahan penukaran jantina tanpa persetujuan.

Susulan itu, suspek kini ditahan dan pihak polis yang memberi jaminan bahawa meraka akan menjalankan siasatan terperinci terhadap aduan itu.

Bahaya sungguh ada kawan macam ni. Sudahlah ancam macam-macam, siap tukar jantina kawan lagi. Semoga mangsa dapatlah pengadilan yang sepatutnya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas