Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Saya Minta Maaflah Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan” – Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan

Selepas isu direhatkan, Ustaz Don Daniyal kembali menjadi tumpuan netizen selepas mejawab soalan tentang puasa pada hari Tasyrik di sebuah stesen radio. Pulak dah..

BACA: Ketua Pengarah RTM Kecewa Dengan Tindakan Ustaz Don Daniyal

IKLAN

Menerusi hantaran Instagramnya, Ustaz Don tampil mengaku kesilapan atas tindakan memberi jawapan yang mengelirukan kepada pendengar tersebut.

Ustaz Don juga sempat membetulkan kenyataanya sebelum ini dengan mengatakan umat Islam tidak dibolehkan berpuasa pada Hari Tasyrik juga termasuklah dengan 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Assalamualaikum WBT kepada semua. Saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan orang ramai di atas segala teguran dan peringatan buat diri saya.

Saya amat menghargainya dan memohon maaf atas segala kekhilafan.

Terdahulu, jawapan yang diberikan oleh ustaz selebriti ini dikecam teruk oleh netizen di aplikasi X kerana dianggap boleh mengundang masalah kepada orang ramai.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas