Connect with us

Oh! Media

Lima Penghantar Makanan Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut

membunuh

Trending

Lima Penghantar Makanan Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut

Hari ini (27 Februari 2024), lima orang lelaki telah didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi. Mereka semua adalah penghantar makanan yang dipercayai telah menarik keluar, mengikat dan memukul hingga maut dalam video yang tular sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Mangsa Diikat Dan Dipukul Hingga Maut Didapati Positif Dadah Dan Ganja Kata PDRM

Antara yang didakwa adalah Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43 dan Syamsul Qamar Ayob, 40.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurdiyanah Mohd Nawawi dan ke semua tertuduh menangguk faham.

Mereka didakwa membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun sama di mana jika didapati bersalah membunuh Shahril Samad, boleh dihukum mati atau penjara 30 hingga 40 tahun. Jika tidak dihukum mati, mereka akan dihukum sebat sebanyak 12 kali.

Mahkamah tidak memberikan sebarang ikat jamin kepada semua tertuduh dan perbicaraan kes akan bersambung pada 25 April 2024.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas