Connect with us

Oh! Media

Pasangan Viral Dengan Bayi 11 Bulan Akhirnya Mengaku Bukan Suami Isteri Dan Jelaskan Segalanya

Trending

Pasangan Viral Dengan Bayi 11 Bulan Akhirnya Mengaku Bukan Suami Isteri Dan Jelaskan Segalanya

Banyak perkara yang tersebar tentang pasangan naik motosikal dengan bayi 11 bulan dengan bantuan alat pernafasan. Bagaimanapun, pihak mStar akhirnya berjaya menghubungi Mohd Azlan Ishak untuk menjelaskan segala dakwaan yang tersebar.

ADVERTISEMENT

Azlan kemudian mengakui dia dan wanita itu bukan suami isteri selepas pihak masjid mendedahkannya.

Dah rancang nak bernikah tapi perlu uruskan anak sakit…

Kata Azlan, mereka berdua memang sudah merancang untuk berkahwin tetapi terpaksa menangguhnya kerana perlu memikirkan kesihatan anak yang mengidap paru-paru kronik.

Sebelum ni kami sudah buat perancangan untuk berkahwin. Tapi kami lebih utamakan kesihatan anak, jadi kami dahulukan untuk menguruskan anak yang sakit.

Tapi kami dalam proses untuk mendirikan rumah tangga. Saya sudah serahkan dokumen untuk berkahwin pada ustaz (imam masjid).

Dalam pada itu, Azlan turut mengakui telah ditegur pihak berkuasa agama kerana bersekedudukan dan turut dinasihat untuk tinggal berasingan.

Tok imam tu datang rumah saya. Dia  jelaskan mengenai proses untuk kami berkahwin.

Katanya proses memakan masa seminggu untuk membolehkan kami bernikah. Kalau dah tok imam cakap macam tu takkan la kita tak nak percaya.

Azlan jelaskan wanita itu sudah berpisah dengan suami yang kini dalam penjara…

Sebelum ini, ada juga dakwaan yang mengatakan wanita itu masih bergelar isteri kepada sorang lelaki yang dimasukkan ke penjara. Disebabkan itu, Azlan menjelaskan Norhidayu sudahpun bercerai sejak dimasukkan ke penjara hulan Ogos lalu.

Hidayu sebenarnya sudah bercerai dengan suami dia sebelum ini. Dokumen mengenai penceraian dia dan suami pun kami sudah ada.

Sebelum ini, kisah pasangan tersebut menjadi viral selepas tersebar gambar mereka nasik motosikal dengan bayi 11 bulan. Gambar itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri yang ingin menyalurkan bantuan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas