Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

“Mak Aku Tak Bagi Bercerai” – Lelaki Buntu Bekas Kekasih Muncul Kembali Selepas Jadi Suami Orang

Tular di aplikasi X, seorang lelaki meluahkan rasa sayang kepada bekas kekasih walaupun sudah berkahwin. Apa kes ni?

BACA: “Bukan Saya Sahaja Dan Banyak Lagi Wanita Yang Dia Aniaya” – Bekas Kekasih Influencer ‘Tebuk Quran’

IKLAN

Menerusi perkongsian itu, seorang lelaki mengakui tidak bahagia walaupun sudah mendirikan rumah tangga selepas bertemu kembali dengan bekas kekasih.

Lagi mengejutkan, lelaki tersebut juga sanggup menceraikan isterinya demi wanita itu.

Aku tak bahagia dengan perkahwinan aku. Mak aku tahu aku dah jumpa cikgu ni iaitu calon menantu yang mak aku paling idamkan tapi mak aku tak bagi bercerai.

Aku kenal dia masa tahun 2018 di Instagram tapi lepas tu kami lost contact. Pada tahun 2019, aku dari Sabah pindah di Kuala Lumpur. Tahun 2022, dia contact aku semula sebagai kawan. 

Wanita yang baik, jaga solat, jaga kehormatan dan aku tahu mak aku mesti suka sebab dia cikgu.

Tak mahu dia jadi isteri kedua

Lelaki itu turut mendedahkan dia pernah usaha untuk mencari dan menghubungi wanita tersebut namun tidak boleh berbuat apa-apa setelah berkahwin dengan pilihan maknya pada 2020.

Isteri aku ni tak tahu aku ada cikgu ni. Cikgu ni dah tahu aku dah kahwin, dia sayang aku. Tapi dia tak nak jadi isteri kedua. Aku sayang dia sangat-sangat. Aku tak sanggup kehilangan dia lagi.

Aku sayang dia, aku boleh cerita macam-macam dekat dia. Aku selesa dan bahagia bila dia ada dengan aku. 

Difahamkan guru wanita terbabit uga tampil menjelaskan dia tidak mahu menjadi orang ketiga dalam rumah tangga bekas kekasihnya itu dan akui mereka tidak mempunyai sebarang hubungan.

Kalau tak suka, patutnya terus-terang je lah dekat isteri tu. Jangan buat macam ni, kesian kat isteri tu. Semoga masalah ini selesai dengan baik lah ye.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas