Connect with us

Oh! Media

Tanggung Derita Sehingga Akhir Hayat Sebab Gurauan Rakan Ketika Gotong-Royong

Oh! Tidak

Tanggung Derita Sehingga Akhir Hayat Sebab Gurauan Rakan Ketika Gotong-Royong

Seorang kanak-kanak di Indonesia terpaksa tanggung derita selepas rakan bergurau ketika aktiviti gotong-royong di sekolah. Apa yang jadi ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Kakak Arwah Pelajar Dilanggar Polis Dedah Tertuduh Minta Ikat Jamin

Menurut Detik.com, mangsa yang baru berusia 11 tahun, Aldelia disambar api selepas kawannya menyimbah minyak tanah ketika berada di kawasan pembakaran.

Dengan rasa panik, budak perempaun itu difahamkan berlari ke tandas berdekatan tapi malangnya, tandas berkenaan berkunci.

Akibat kejadian berkenaan, Aldelia telah mengalami kecederaan terbakar yang serius sehingga dia terpaksa ditempatkan di pusat rawatan selama 2 bulan.

Tapi selepas dibawa balik, keadaannya dikatakan makin teruk sampaikan tak boleh telan makanan seperti biasa dan disebabkan kekangan kewangan, keluarganya tak mampu nak berulang-alik ke hospital dan belikan ubat yang secukupnya.

Walaupun sudah menerima bantuan dari pihak berkuasa, Aldelia telah disahkan meninggal pada 21 Mei lalu.

Keluarganya juga telah membuat laporan polis ke atas pelaku dan kecuaian pihak sekolah.

Tak sangka gurauan bertukar jadi episod hitam buat Aldelia. Semoga rohnya ditempatkan di dalam kalangan orang beriman.

Kredit: Detik.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas