Connect with us

Oh! Media

jemaah haji

Oh! Tidak

Jemaah Haji Indonesia Dikritik Sempat Berniaga Rojak Di Tanah Suci

Ada yang menari, ada yang main game dan ada juga yang meniaga. Allahu Akbar, betullah orang kata, bila kita sampai ke Tanah Suci ni, Allah akan uji kita dengan banyak perkara. Mungkin inilah ujian buat mereka yang boleh terfikir nak buat benda tak senonoh dekat sana.

Terbaru, dua jemaah Haji wanita dari Indonesia dilihat bersila di kawasan tempat berehat dan mengambil peluang untuk berniaga. Kejadian itu dipercayai berlaku di Padang Arafah dan mendapat perhatian ramai.

IKLAN

Niat asal nak tunaikan Haji atau berniaga rojak?

Mereka berdua dipercayai membawa peralatan seperti cobek serta bekas bungkusan sendiri dan selamba menjual rojak di tepi jalan.

Bukan itu sahaja, kawasan sekitar tempat mereka berniaga itu juga dilihat begitu kotor dengan sampah sarap merata-rata dan bertaburan.

Video tersebut mendapat kritikan ramai warganet di TikTok yang berkata perangai mereka itu memalukan rakan jemaah senegara selain bertentangan dengan matlamat sebenar menunaikan ibadah haji.

Selain itu, ada yang mempersoal dan tertanya apakah Indonesia tidak mempunyai mutawif atau institusi yang dipertanggungjawab menjaga jemaah di sana.

Bukan semua orang mampu ke sana dan menjadi tetamu Allah. Jika dapat peluang untuk ke sana dan menunaikan ibadah Haji mahupun umrah, lakukanlah sebaiknya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas