
Oh! Tidak
Isteri Minta Fasakh Jadi Punca Suami Tergamak Tikam Sampai Mati
Sebelum ini Ohmedia melaporkan tentang seorang lelaki yang datang ke balai polis untuk serah diri selepas mengaku menikam isterinya sehingga mati.
BACA: Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Sebab Ini Sebelum Rela Serah Diri Di Balai Polis
Kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Batu Gajah, Perak dan berkata telah melakukan perkara itu pada jam 2 petang semalam.
Terkini, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad memaklumkan punca lelaki itu menikam isterinya adalah selepas mangsa meminta fasakh.
Disebabkan itu, suspek tidak berpuas hati selepas mangsa masih mahu meneruskan tuntutan fasakh walaupun sudah dipujuk.
Pemeriksaan di hotel tersebut menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama senjata yang digunakan untuk menikamnya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Berdasarkan ramakan CCTV, suspek dan mangsa dilihat datang ke hotel itu berasingan dan menginap sejak semalam.
Kredit: BERNAMA
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
