Connect with us

Oh! Media

shah iskandar

Oh! Artis

Tak Guna ‘Cable’, Shah Iskandar Teruja Akhirnya Dapat Mohon Taraf Penduduk Tetap Di Malaysia

Siapa tak kenal dengan pelakon Shah Iskandar yang banyak muncul dalam drama tempatan. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah 10 tahun pelakon ini membina kerjaya di Malaysia.

BACA: “Dahlah Cermin Tak Tinted” – Netizen Kecam Babak Siti Saleha Dan Shah Iskandar Dalam Kereta

IKLAN

Memetik laporan mStar, pelakon kelahiran Singapura ini menarik nafas lega apabila dia layak untuk memohon status ‘Penduduk Tetap’ atau ‘Permanent Residence’ (PR) tahun hadapan.

shah iskandar

Jelasnya, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memohon status PR dan proses itu memakan masa yang lama kerana dia melalui prosedur yang sepatutnya.

Selepas 10 tahun membina kerjaya di sini saya akhirnya dapat peluang untuk memohon status tersebut.

Tanpa cable atau apa-apa bantuan, saya boleh memohon status tersebut secara sah. Saya nak buat dengan cara yang betul.

Pelakon ini bersyukur kerana dia tak perlu lagi berulang-alik seperti mana sebelum ini.

InsyaAllah, saya harap lulus memandangkan saya di Malaysia pun sudah masuk 15 tahun.

Jelas aktor berusia 42 tahun ini lagi, sekarang dia menggunakan pas penduduk (Resident Pass) yang membolehkan dia keluar masuk Malaysia-Singapura setiap lima tahun.

Ianya berbeza berbanding awal-awal dahulu di mana dia perlu melalui proses cop passport dan sebagainya jika mahu ke Malaysia berulang kali.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas