Connect with us

Oh! Media

bunuh perak

Trending

Abang Dedah Suspek Berulang Kali Ugut Dan Pukul Mangsa, Culas Bagi Nafkah

Semalam, negara digemparkan dengan penahanan seorang lelaki yang mengaku membunuh isterinya di sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, Perak.

BACA: Isteri Minta Fasakh Jadi Punca Suami Tergamak Tikam Sampai Mati

IKLAN

Abang mangsa Syahiran Shaharun dalam laporan Harian Metro mendakwa adiknya (Nisya Syahkila) kerap menerima ugutan jenayah termasuk bunuh sejak lebih setahun lalu.

bunuh

Katanya, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2022 dan menetap di Kedah.

Suspek tidak rapat dengan keluarga kami, semasa awal perkahwinan dahulu sahaja dia beraya bersama.

Sebelum ini, mangsa pernah mengadu kepada keluarga bahawa dia kerap dipukul dan diugut oleh suspek.

mangsa bunuh

Suspek juga dikatakan culas dalam pemberian nafkah membuatkan arwah bapa, Shaharun bertegas membawa mangsa dan anak lelaki berusia sembilan tahun pulang ke pangkuan keluarga di Perak pada tahun sama.

Sepanjang tempoh di Perak, arwah sudah beberapa kali membuat laporan polis kerana menerima ugutan menerusi panggilan telefon dan mesej suara secara berterusan.

Kongsinya lagi, pada Mei lalu suspek pernah ditahan reman selama dua hari sebelum dilepaskan.

Adiknya dikatakan berani untuk berjumpa suspek kerana menyangka lelaki itu mahu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik.

Pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam untuk prosiding permohonan cerai secara fasakh.

Ini adalah perkahwinan kali kedua arwah. Anak lelaki itu hasil perkahwinan arwah bersama suami pertama.

Menurut Syahiran, pada mulanya ibu sudah melarang adik daripada bertemu dengan suspek tetapi adiknya yakin dia akan baik-baik sahaja.

Mungkin arwah adik fikir ini kali terakhir kerana suaminya sebelum ini enggan hadir ke mahkamah walaupun berkali-kali diminta berbuat demikian.

Katanya lagi, adiknya pernah memberitahu mahu pergi jauh sekiranya suami enggan menceraikan dirinya.

Sebagai abang, dia menyangka adik mahu tinggal dan bekerja di tempat lain. Tetapi siapa sangka itu adalah petanda adik akan pergi selama-lamanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas