Connect with us

Oh! Media

“Sejak Berkahwin Dah Banyak Kali Berlaku” – Aeril Zafrel Dedah Ada Individu Cuba Sihir Keluarga

Aeril Zafril

Oh! Artis

“Sejak Berkahwin Dah Banyak Kali Berlaku” – Aeril Zafrel Dedah Ada Individu Cuba Sihir Keluarga

Ingatkan zaman dah moden, tak ada lagi nak main sihir tapi rupanya makin banyak pulak. Kali ini, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pula jadi mangsa.

BACA: “Saya Bukan Individu Yang Tepat” – Aeril Zafrel Saran Anak Autisme Dirawat Segera

Menerusi laporan mStar, Aeril bekata dia telah membuat laporan polis setelah menemukan batang pinang serta kulit limau yang dibakar kira-kira dua minggu lalu.

IKLAN

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa berkata sukar untuk mereka mengesan pelaku kerana gagal mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan walaupun ada rakaman CCTV.

Sejak berkahwin dah banyak kali berlaku. Pernah juga jumpa barang-barang pelik di pejabat.

Budak ini panjat rumah saya dan apabila tengok dia letak barang itu.. Kalau kenal boleh mesej saya.

Memang kami tak kenal lelaki tersebut dan tak sangka ada orang tergamak melakukan perbuatan sebegitu.

Ada individu cuba sihir

Sementara itu, Wawa berkata selepas jiran berkongsikan rakaman CCTV itu, dia ingatkan pelaku hanya mahu mencuri namun sebaliknya menjumpakan barang syirik itu di dalam kawasan rumah.

Kami tidaklah guna pendinding. Cuma menjaga amalan supaya terhindar dari perkara sebegitu.

Kenapalah ramai busuk hati sangat sampai nak ganggu hubungan orang lain? Apapun, semoga Wawa dan Aeril sentiasa dilindungi dari perbuatan jahat ni.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas