Connect with us

Oh! Media

Tak Kisah Orang Kutuk, Lelaki Ini Pagar Keliling Rumah Guna Zink Demi Keselamatan Keluarga

Oh! Tidak

Tak Kisah Orang Kutuk, Lelaki Ini Pagar Keliling Rumah Guna Zink Demi Keselamatan Keluarga

Pelbagai cara yang kini sedang diusahakan untuk memutuskan rantaian Covid19. Bukan setakat mengikut apa yang orang atasan arahkan, kita sendiri juga perlu bekerjasama dalam hal ini bagi memastikan tidak dijangkiti wabak berbahaya ini. 

Kalau korang nak tahu, ada seorang lelaki di Jawa Tengah ni sampai memagar rumahnya menggunakan zink kerana bimbing kesemua ahli keluarganya dijangkiti Covid19. Perkara ini dilakukan selepas Sabar Suharno menyedari kes semakin meningkat dari hari ke hari.

Menurut laporan Harian Metro, walaupun jiran-jirannya mengutuk, dia tidak langsung peduli pasal mulut orang. Kah! Lantak korang lah asalkan dia rasa selamat.

Biasanya ada yang menyokong dan mengutuk, namun saya tidak ambil kisah dan hanya berusaha untuk menjaga diri.

Saya sering membaca berita mengenai Covid-19 dan menyebabkan saya menjadi takut jika dijangkiti.

Dengan pemasangkan zink pada keliling rumahnya, Sabar yakin yang dirinya serta keluarga dapat bataskan pergerakan dan kurangkan interaksi dengan orang luar. Bukan tu jer, dia juga ada memasang CCTV di luar kawasan rumahnya bagi memantau pergerakan diluar rumah.

Dia juga yang tidak akan keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan dan hanya bergantung kepada peniaga yang datang dari rumah ke rumah selain meminta anaknya untuk membeli barangan secara atas talian. 

Terlalu panik pun susah je tapi takpelah, dia ada juga usaha untuk tidak dijangkiti. Korang dekat luar tu macam mana? Masih lagi lepak mengopu sambil berbual kosong ke tu?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top