Connect with us

Oh! Media

KKM Arah Pengembara Dari Luar Negara Termasuk China Jalani Saringan Demam

Trending

KKM Arah Pengembara Dari Luar Negara Termasuk China Jalani Saringan Demam

Berikutan penularan wabak Covid-19, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China menjalani saringan demam.

ADVERTISEMENT

BACA: Dah Mula Boleh Melancong, Malaysia Jadi Antara 10 Negara Pilihan Rakyat China

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pengembara yang dikesan demam, bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pusat kesihatan bagi pemeriksaan lanjut.

Strategi pencegahan

Dr Zaliha juga memaklumkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke China atau sebagai kontak rapat dari sana dalam tempoh 14 hari turut perlu menjalani ujian RTK-Ag bagi mengesan varian baharu.

Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan.

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan salah satu strategi utama KKM dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang peningkatan kes akibat COVID-19.

Kredit: BuletinTV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas