Connect with us

Oh! Media

Remaja 18 Tahun Berjaya Sampai Ke Mekah Naik Motor Kriss 110

Trending

Remaja 18 Tahun Berjaya Sampai Ke Mekah Naik Motor Kriss 110

Seorang remaja yang baru berusia 18 tahun berjaya buat rakyat Malaysia bangga dengan pencapaiannya setelah berjaya tiba di Mekah dengan hanya menunggang motorsikal Kriss 110.

ADVERTISEMENT

Difahamkan pencapaian ini berkat dorongan kesungguhan dan keazaman remaja yang dikenali sebagai Muhammad Aidil.

BACA: Pernah Tercalon Dalam Top 5 Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin, Kini Tak Malu Berniaga Sate

Menerusi hantaran TikTok yang dikongsi oleh bapanya, anaknya menunggang motosikal model Kriss 110 dari Melaka ke tanah suci Mekah secara berkumpulan.

Difahamkan Aidil menyertai Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah bermula sejak Mac lalu dan perjalanannya mengambil masa 2 bulan.

Ramai yang tertanya-tanya, adakah mereka semua solo rider, tidak jawapannya. Mereka satu pasukan tak ubah seperti sebuah keluarga yang saling membantu.

Inilah barisan team motorsikal Jelajah Silaturrahim Malaysia ke Mekah 2024.

Menerusi hantaran di Facebook pula, bapanya meluahkan rasa syukur selepas mengetahui anaknya selamat tiba ke destinasi.

Alhamdulillah… Allahuakbar! Terima kasih buat semua. Tahniah buat “Anak Abah” Muhammad Aidil.

Remaja ini turut berkongsi persiapan sebelum perjalanan ke Mekah di hantaran akaun Facebook miliknya.

Terbaiklah adik ni guna motor je nak ke tanah suci… Semoga segala urusan dipermudahkan.

Kredit: Facebook Aimpro Samudra | Muhammad Aidil

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas