Trending
Darsa Fried Chicken Mohon Maaf, Akui Emosi Admin Terganggu
Darsa Fried Chicken (DFC), sebuah restoran makanan segera yang baru sahaja dirasmikan pembukaannya sudahpun terpalit dengan isu berbaur perkauman.
Bagaimanapun, pihak DFC sudahpun membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook rasmi. Mereka turut mengakui terlalu beremosi ketika mengeluarkan komen-komen itu.
Darsa Fried Chicken akui emosi admin terkesan dengan komen-komen menjatuhkan…
Kami memohon maaf dan mengakui ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan. Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan dan ia sedikit sebanyak menganggu fokus admin kami.
Maka kami memutuskan untuk tidak menjawab apa-apa isu selepas ini untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang.
Kami hanya akan menjawab tentang isu mengenai operasi dan perkara berkaitan yang tidak melibatkan pihak lain.
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM