Connect with us

Oh! Media

Mengaku Rogol Budak 13 Tahun Dalam Surau, Pelajar Gigil Sebelum Dijatuhi Hukuman

Pelajar Kolej

Oh! Tidak

Mengaku Rogol Budak 13 Tahun Dalam Surau, Pelajar Gigil Sebelum Dijatuhi Hukuman

Kerana nafsu, seorang pelajar kolej tergamak merogol seorang gadis bawah umur di dalam sebuah surau. Yang lebih menyedihkan, mangsa baru berusia 13 tahun telah dirogol sebanyak dua kali oleh pelaku.

BACA: Budak 9 Tahun Jadi Mangsa S*ks Gara-Gara Nak Bayar Hutang Pemadam

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, Muhammad A’azib Darwish Rosli telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan.

IKLAN

Mangsa dan tertuduh difahamkan telah berkenalan di media sosial sebelum kejadian ini berlaku.

Ketika prosiding berlangsung, tertuduh mengaku bersalah dihadapan Hakim Abu Bakar Manat dan telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan merogol.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Abu Bakar sempat bertanya adakah tertuduh mengetahui dirinya bakal terima hukuman berat yang membuatnya menggigil ketakutan.

Kesalahan telah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika disabit bersalah dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun berserta sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah juga memtuskan semua hukuamn penjara berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas