Connect with us

Oh! Media

Ini Nota Terakhir Dari Gadis Buat Keluarga Sebelum Ditemui Mati Dalam Bilik

Trending

Ini Nota Terakhir Dari Gadis Buat Keluarga Sebelum Ditemui Mati Dalam Bilik

Banyak sangat berita tentang orang bunuh diri angkara depression berlaku, lebih-lebih lagi sejak PKP di negara kita mula dijalankan. Terbaru, seorang gadis berusia 24 tahun telah ditemui tidak sedarkan diri dalam biliknya.

ADVERTISEMENT

Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah universiti di Pulau Pinang dipercayai telah bunuh diri dengan menggantung diri di dalam bilik tidur di rumah keluarganya. Mangsa telah ditemui oleh ibu bapanya dalam keadaan terduduk di tepi almari dengan leher yang terjerut bersama sehelai kain tuala yang diikat di tingkap bilik mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, siasatan telah menjumpai kesan lebam di bahagian leher mangsa, dipercayai akibat jerutan. Pihak polis juga tidak menemui sebarang kesan pergelutan selain keadaan barang dalam bilik yang masih berada dalam keadaan baik.

Apa yang lebih mengayat hati, gadis tersebut telah tinggalkan sekeping nota bertulisan Cina Mandarin buat keluarga. Berdasarkan apa yang tertulis di dalam nota tersebut, manga seolah-olah sudah nekad untuk melakukan perkara tersebut.

Selain memohon maaf dari ahli keluarganya, mangsa juga turut meluahkan yang dia berasa terlalu penat untuk teruskan hidup. Ada masa dia okay, tapi ada masa juga dia rasa sangat tertekan dengan apa yang dia lalui. Dia juga memohon maaf kerana tidak menjadi role model yang baik buat adik-beradiknya yang lain. Dia juga berharap agar ahli keluarganya tetap teruskan hidup dan lupakan dirinya.

“Saya dah tiada kemahuan untuk teruskan, saya dah tiada sebab untuk hidup. Kalau saya teruskan, saya tahu saya akan terseksa dan sengsara. Saya minta maaf buat awak semua sedih. Maafkan saya, lupakan saya. Saya harap awak semua tetap teruskan hidup dan berikan yang terbaik. Biarlah saya terus lena. Selamat tinggal.” – antara yang tertulis dalam surat tersebut.

Betul, kadang-kadang orang yang paling happy antara kita itulah yang paling sedih. Cumanya kita tak perasan. Selagi ada peluang, rajin-rajinlah check on your family and friends. Tak perlu panjang-panjang, cukup sekadar bertanya khabar dan keadaan mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui, tapi setidak-tidaknya berilah mereka harapan dan kepercayaan untuk terus hidup. Jangan judge, sebab kita tak ada di tempat mereka.

Kredit: Kosmo!

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas