Connect with us

Oh! Media

Ini Antara Kandungan Perutusan Khas Perdana Menteri Bagi Pelaksanaan PKP

Trending

Ini Antara Kandungan Perutusan Khas Perdana Menteri Bagi Pelaksanaan PKP

Akhirnya, perutusan khas dari YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dinanti-nanti kita semua telah pun ditayangkan sebentar tadi. Bagi korang yang tak sempat tengok, ini antara kandungan dah pun kami simplify untuk korang semua!

ADVERTISEMENT

Kerajaan telah pun memutuskan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari, bermula 13 Januari (Rabu) sehingga 26 Januari 2021. Ia akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, hari Rabu nanti. Tapi, ada tiga peringkat pelaksanaan.

First, PKP ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Bagi negeri-negeri tersebut, bukan je korang tak boleh rentas negeri, nak rentas daerah pun tak dibenarkan.

Yang kedua, PKP Bersyarat (PKPB) bagi enam negeri yang lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Yang terakhir, PKP Pemulihan (PKPP) bagi negeri Perlis dan Sarawak akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Sepanjang tempoh ini, pergerakan rentas negeri dan aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah tidak dibenarkan. Tapi, bagi negeri yang dikenakan PKPP, aktiviti sosial masih boleh dilakukan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Selain itu, hanya dua orang anggota isi rumah je dibenarkan untuk keluar beli barang. Bagi kawasan yang dikenakan PKP, korang hanya dibenarkan untuk bergerak dalam lingkungan 10 kilometer radius sahaja. Operasi sekatan jalan raya juga akan mula berkuatkuasa pada waktu yang sama PKP dikuatkuasakan.

Sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi seperti biasa adalah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi. Bagaimanapun, hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Bagi sektor selain dari itu, arahan untuk work from home akan berkuatkuasa.

Bagi kawasan PKP, kedai makan dan gerai penjaja hanya dibenarkan beroperasi untuk perkidmatan take away, manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang ditetapkan.

Untuk aktiviti keagamaan, hanya AJK masjid atau rumah ibadat sahaja dibenarkan hadir dengan kadar maksimum sebanyak 5 orang di kawasan PKP, manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP, bilangan kehadiran minimum dibenarkan dengan syarat perlu patuh dengan ketetapan SOP.

Walaupun begitu, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk SPM sesi 2020 dan 2021. Erti kata lain, diorang dibenarkan untuk hadir ke sekolah walaupun berada di kawasan PKP, namun dengan pematuhan SOP yang ketat. Kementerian Pelajaran Malaysia akan memaklumkan dengan lebih lanjut tentang hal ini.

Memandangkan arahan dah pun dikeluarkan kerajaan, harapnya semua dapat ikut dan patuh pada SOP. InsyaAllah kalau kita ikut dengan baik, tak mustahil jumlah kes dapat diturunkan dan kita dapat semula kebebasan sebelum ini. Apapun, terus jaga penjarakan sosial, pakai mask dan hand sanitizer serta jaga diri anda dan juga orang tersayang. Stay safe, everyone!

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas