Connect with us

Oh! Media

“Andai Umur Tak Panjang, Tolong Jaga Isteri Dan Anak-Anak Saya..” – Pesanan

pesanan

Oh! Tidak

“Andai Umur Tak Panjang, Tolong Jaga Isteri Dan Anak-Anak Saya..” – Pesanan

Pesanan seorang OKU. Terasa beratnya ujian hidup ini, berat lagi ujian orang lain. Itu sahajalah pemikiran yang mempu membuatkan kita untuk rasa bersyukur dengan apa sahaja ujian yang menimpa diri kita.

ADVERTISEMENT

BACA: Pernah Tercalon Dalam Top 5 Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin, Kini Tak Malu Berniaga Sate

Lihat sahaja ujian yang menimpa seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulkifli Ainul Mokhsein yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) bisu dan pendengaran. Zulkifli juga mempunyai penyakit lain iaitu barah limfoma sejak empat tahun lalu dan mengalami masalah kewangan untuk kos rawatan serta membesarkan anak-anak.

Tolong doakan saya sembuh sepenuhnya namun andai kata umur saya tak panjang, tolong jaga isteri saya dan anak saya. – Pesanan Zulkifli kepada pihak Harian Metro.

Isteri turut diuji dengan penyakit sista ovari…

Keluarga ini turut diuji lagi selepas isterinya yang juga OKU pendengaran disahkan menghidap sista ovari (cyts) iaitu kantung yang dipenuhi dengan cecair sejak tiga tahun lalu.

Tak tahu berapa kali lagi nak buat rawatan, terserah kepada Tuhan. Saya mampu doa kerana tak tahu nak tuju mana lagi.

Mahu atau tidak, saya kena dengar cakap doktor pakar. Cuma walaupun ada penyakit, saya dan isteri bersama usaha jaga anak kerana tak nak susahkan sesiapa.

Mahu atau tidak, saya kena dengar cakap doktor pakar. Cuma walaupun ada penyakit, saya dan isteri bersama usaha jaga anak kerana tak nak susahkan sesiapa.

Untuk pengetahuan korang, keluarga ini turut mendapat bantuan daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Bantuan bulanan turut diterima daripada pihak Baitulmal sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM450 namun jumlah itu masih belum cukup untuk menampung segala kos rawatan penyakit mereka.

Disebabkan itu, untuk korang yang berhasrat ingin membantu keluarga ini boleh berhubung dan menghantar kiriman WhatsApp kepada Zulkifli di nombor 013-7428343 atau isterinya, 019-8968525. Semoga dengan sedikit bantuan daripada kita ini dapat meringankan beban keluarga ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas