Connect with us

Oh! Media

Tidak Berdiam Diri, BJAK Berikan Respons

Trending

Tidak Berdiam Diri, BJAK Berikan Respons

Sebelum ini, BJAK dikecam teruk kerana menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan yang tiada kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Susulan itu, BJAK tampil berikan respons berkaitan isu ini.

ADVERTISEMENT

BACA: BJAK Kantoi Tiada Kelulusan Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan Dari JPJ

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, BJAK mengumumkan perkhidmatan yang mereka tawar, masih beroperasi seperti biasa.

BJAK juga menegaskan perkhidmatan tanpa caj tambahan yang disediakan adalah salah satu inisiatif yang mudah dan menjimatkan kos bagi pelanggannya.

Selain itu, mereka menjelaskan perkhidmatan utama ditawarkan adalah perbandingan dan pembaharuan cukai kenderaan serta perkhidmatan VIP khas buat pelanggannya.

Manakala platform lain biasanya mengenakan bayaran yang berkisar dari RM3.00 hingga RM11.00 untuk perkhidmatan pembaharuan, BJAK telah menjadikan perkhidmatan pilihan ini percuma untuk semua pelanggan.

Syarikat ini sebelum ini menanggung sebarang caj kepada pembekal rasmi JPJ.

Pihak platform ini juga akui ada isu dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

BJAK mempunyai matlamat penyelesaian pada hari yang sama untuk semua pertanyaan atau maklum balas oleh pelanggan.

Platform ini juga menegaskan kempen pembaharuan cukai jalan percuma adalah inisiatif swasta dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana mandat kerajaan.

Tambahnya, mereka komited menyediakan penyelesaian inovatif dan perkhidmatan luar biasa sambil mengekalkan standard pematuhan yang tinggi.

Kredit: Facebook BJAK

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas