Connect with us

Oh! Media

“Sibuk Tuding Jari Dekat Kerajaan..” – DBKL Jumpa Teddy Bear Besar Dalam Longkang Buat Netizen Terkejut

teddy bear

Oh! Tidak

“Sibuk Tuding Jari Dekat Kerajaan..” – DBKL Jumpa Teddy Bear Besar Dalam Longkang Buat Netizen Terkejut

Hujan lebat di beberapa kawasan telah menjejaskan beberapa lokasi dan menyebabkan banjir dan air bertakung di ibu kota. Baru-baru ni, pasukan DBKL telah menjumpai teddy bear besar di dalam longkang, yang mungkin punca berlakunya banjir di ibu kota.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kejadian Banjir Berpunca Daripada Hujan Lebat Luar Biasa” – Menteri Alam Sekitar Dan Air

Menerusi sebuah video di Facebook DBKL, pekerja-pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan teddy bear yang sangat besar dari longkang di Bulatan Merdeka.

Pekerja-pekerja DBKL telah berusaha mengeluarkan teddy bear yang telah kotor itu dari longkang tersebut yang sudah pasti, punca utama gangguan aliran air di kawasan itu.

DBKL mempersoalkan kenapa ada yang buang teddy bear sebesar itu di dalam longkang, sedangkan boleh dibuang di dalam tong sampah.

Bila longkang tersumbat, banjir kilat berlaku..ramai yang sengsara. Mungkin kerugian harta benda lagi, jangan salahkan pihak berkuasa tak buat kerja pulak nanti.

Berikutan video yang dikongsi di laman Facebook DBKL, ramai netizen yang tidak puas hati dengan tindakan seseorang yang membuang teddy bear itu di dalam longkang.

Sikap buang sampah merata-rata itu perlu dihapuskan dan rakyat perlu sedar akan tanggungjawab mereka di negara ini.

Tak ada sivik, itu punca banjir

teddy bear

Rakyat penyebab banjir

Banjir kilat sebab sofa dalam longkang

Harap rakyat Malaysia beri perhatian terhadap perkara ini. Sikap remeh dan tak bertanggungjawab itulah yang sebenarnya menjadi salah satu punca utama banjir di negara kita.

Buang sampah merata-rata adalah salah satu punca longkang tersumbat. Tolong ubah sikap dan berhenti menunding jari kepada orang lain. Ingat, satu jari kita tunding ke orang, 4 jari tunding ke arah kita. Renungkan.

Kredit: Facebook DBKL

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas