Connect with us

Oh! Media

Youtuber Nafi Nak ‘Scam’ Orang, Tak Tahu Kutip Derma Masuk Akaun Peribadi Satu Kesalahan

youtuber

Trending

Youtuber Nafi Nak ‘Scam’ Orang, Tak Tahu Kutip Derma Masuk Akaun Peribadi Satu Kesalahan

Youtuber popular berasal dari Korea Selatan, Daud Kim terpaksa menangguhkan hajatnya untuk membina masjid di daerah Incheon.

ADVERTISEMENT

Ini kerana terdapat banyak bantahan selepas dia membuka tabung derma untuk masjid tersebut. Difahamkan, orang ramai mempertikaikan niat sebenar Youtuber ini mengumpul dana yang dimasukkan ke akaun peribadi.

BACA: Youtuber Korea Kantoi Buat Hal Lagi, Peluk Islam Sekadar ‘Content’?

Malah, ada dakwaan mengatakan Youtuber ini cuba ‘scam’ sumbangan orang ramai kerana undang-undang di Korea Selatan melarang sumbangan dibuat ke akaun peribadi seseorang.

Memetik laporan mStar, Daud Kim meminta orang ramai berhenti menghulurkan sumbangan buat sementara waktu.

Dia akan mencari jalan terbaik untuk meneruskan niat murninya itu tanpa sebarang masalah dalam masa terdekat.

Selepas pempengaruh Muslimah Korea membangkitkan isu ini secara terbuka, saya menerima banyak tentangan dan ugutan.

Pemilik tanah di Incheon juga minta pembinaan dibatalkan namun saya akan tunjukkan kepada anda semua dana dalam masa terdekat.

Jelasnya lagi, membuka akaun peribadi adalah permintaan para pengikut di media sosial. Dia juga tidak sedar ianya merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Pempengaruh ini akan menukar kepada akaun korporat dan kutipan akan dilakukan secara lebih telus. Buat masa ini, dia memohon sedikit masa untuk menguruskan sumbangan yang telah diterimanya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas