Connect with us

Oh! Media

“Itu Situasi Biasa Dalam Perbarisan Statik” – Respon PVATM Mengenai Isu Veteran Dibiar Berjemur Tengah Panas

Trending

“Itu Situasi Biasa Dalam Perbarisan Statik” – Respon PVATM Mengenai Isu Veteran Dibiar Berjemur Tengah Panas

Beberapa hari yang lalu tular mengenai isu pesara-pesara tentera yang dibiar berdiri dan berjemur di tengah panas ketika menghadiri satu majlis di Putrajaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Pegawai Duduk Selesa Di Bawah Khemah, Askar Veteran Dibiar Berjemur Tengah Panas

Terbaru, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tampil memberikan penjelasan mengenai video yang tular di media sosial itu bahawa perkara itu merupakan sesuatu yang biasa dilakukan pesara-pesara tentera ketika perbarisan statik.

Menurut Awani, Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata bahawa perbarisan yang dianjurkan PVATM itu bagi meraikan 100 tahun persatuan dan ia bukanlah majlis perjumpaan bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seperti mana yang didakwa dalam video yang tular itu.

Bagi ahli-ahli PVATM berpeluang menjadi sebahagian dari peserta perbarisan statik tersebut adalah satu kebanggaan dan penghormatan besar. Pemilihan peserta berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuk kestabilan kesihatan.

Menurut Sharuddin lagi, gambar yang menunjukkan pesara tentera yang makan di bawah pokok adalah peserta perbarisan daripada PVATM Kedah yang berehat di sekitar Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya sebelum waktu solat, majlis tahlil dan doa selamat.

Presiden PVATM itu turut menambah bahawa persatuan itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menularkan gambar itu.

PVATM tidak akan teragak-agak untuk mengambil pendekatan undang-undang terhadap mereka yang menularkan komen serta kritikan negatif terhadap PVATM, sebagai langkah membendung supaya perkara itu tidak berulang

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas