Connect with us

Oh! Media

Pernah Fail Nusyuz Terhadap Isteri, Kakak Rayu Ippo Hafiz Pulangkan Anak Kepada Ibu Kandung

ippo hafiz

Oh! Artis

Pernah Fail Nusyuz Terhadap Isteri, Kakak Rayu Ippo Hafiz Pulangkan Anak Kepada Ibu Kandung

Sekitar Mac lalu, penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Fara Roslan. 

ADVERTISEMENT

Penyanyi itu dilaporkan membuat tuntutan nusyuz selepas isterinya tidak pulang ke rumah mereka sejak November tahun lepas.

BACA: Ippo Hafiz Fail Nusyuz, Rupanya Isteri Dah 4 Bulan Tak Balik Rumah

Terbaru, kakak kepada Ippo Hafiz mendedahkan anak bongsu pasangan itu yang baru berusia 2 tahun (Ibrahim) telah dipisahkan daripada ibu kandungnya.

@yazminy79

Apa perasaan kamu? @ippohafiz3 @Ippo Hafiz Bagi yg tidak tahu, anak bongsunya ini baru berusia 2 tahun 3 bulan telah diambil sendiri oleh bapanya (ippo hafiz) dari jagaan ibu, datuk & neneknya pada 1 February 2024..dia telah berjanji untuk menghantar balik anak ini pada 4 Feb 2024..namun dia telah memungkiri janji & sehingga ke hari ini (77 hari) ibu kandung masih tidak dpt bertemu dgn anaknya kerana dia tidak benarkan & ibu kandung tidak tahu di mana anaknya tinggal..anak sulung ippo hafiz yg berusia 4 tahun ada bersama ibunya & ippo hafiz juga sudah 77 hari tidak dtg berjumpa anak sulungnya..bukan kerana isterinya tidak benarkan tetapi dia yg memilih begitu..malah ketika hari raya baru2 ini isterinya telah cuba menghubungi dia namun panggilan tidak di jawab..kalau dia tidak puas hati & ada masalah dgn isterinya kenapa anak2 yg di jadikan mangsa..anak bongsunya ini sgt rapat dgn abangnya..kenapa perlu dipisahkan kasih sayang ini.?.anak kecil ini masih perlukan pelukkan & kasih sayang ibunya..apa haknya sebagai bapa untuk sekat & halang..saya tahu ramai ibu2 di luar sana yg senasib dgn adik ipar saya..saya doakan semoga semua urusan anda dipermudahkanNya & semoga anda juga dpt berjumpa kembali dgn anak2 secepat mungkin..setiap perbuatan kejam & zalim yg di lakukan pasti ada balasannya..kalau tidak skrg di akhirat nanti akan terima.. & kepada sesiapa yg masih menyokong ippo hafiz memisahkan anak ini & ibu kandungnya..ingat ya..Allah larang..nabi pun larang..kalau faham agama..ikut apa yg Allah suruh..tinggal apa yg Allah larang..Insyaallah kita semua selamat ❤️ #ibrahimafinur #77daystanpamama

♬ suara asli – ꜱꜰʏɴᴄ – ꜱꜰʏɴᴄ

Katanya, Ibrahim telah diambil dari jagaan ibu, datuk dan neneknya pada 1 Februari lalu. Ippo Hafiz berjanji mahu menghantar anak pulang pada 4 Februari.

Tetapi, selepas 77 hari berlalu, Ibrahim masih tidak dibawa berjumpa dengan ibu kandungnya. Ippo Hafiz juga telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak sulung yang berusia 4 tahun di bawah jagaan si ibu.

Sehingga ke hari ini (77 hari) ibu kandung masih tidak dapat bertemu dengan anaknya kerana dia tidak benarkan dan ibu kandung tidak tahu di mana anaknya tinggal..anak sulung Ippo Hafiz yang berusia 4 tahun ada bersama ibunya dan Ippo Hafiz juga sudah 77 hari tidak datang berjumpa anak sulungnya.

Lebih menyedihkan apabila isteri cuba menghubungi Ippo untuk beraya bersama anak tetapi panggilan tak dijawab.

@yazminy79 @ippohafiz3 @Ippo Hafiz ♬ original sound – cancer25 – DEEYA0625

Kakak Ippo sendiri mengkritik tindakan adiknya yang telah menganiaya isteri dan anak-anak. Katanya, anak-anak tidak sepatutnya dijadikan mangsa di atas masalah rumah tangga yang dihadapi ibu bapa.

Saya tahu ramai ibu-ibu di luar sana yang senasib dengan adik ipar saya. Setiap perbuatan kejam dan zalim yang di lakukan pasti ada balasannya..kalau tidak sekarang di akhirat nanti akan terima.

Meninjau ke ruangan perkongsian TikTok, wanita ini kerap berkongsi perkembangan terkini Ibrahim yang terpisah sejak Februari.

Difahamkan, mereka sekeluarga juga tidak dapat menghubungi Ippo dan tidak tahu di mana dia berada.

Kredit: TikTok @yazminy79

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas