Connect with us

Oh! Media

“Kejadian Banjir Berpunca Daripada Hujan Lebat Luar Biasa” – Menteri Alam Sekitar Dan Air

Banjir Kilat

Trending

“Kejadian Banjir Berpunca Daripada Hujan Lebat Luar Biasa” – Menteri Alam Sekitar Dan Air

Semalam, beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dinaiki air selepas hujan lebat selama beberapa jam. Kejadian banjir yang tular di media sosial memperlihatkan banyak kereta ditenggelami air, nampak bumbung je.

BACA: Air Terlalu Cepat Naik Tenggelamkan Ratusan Kereta Parking Di Wisma UOA 2

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bacaan kadar taburan hujan tinggi di Stesen Taman Desa Smart, Kuala Lumpur dengan bacaan 106.5 milimeter.

IKLAN

Sementara itu, di Stesen Air Panas, bacaan kadar taburan hujan lebih tinggi direkodkan iaitu 155 milimeter dalam tempoh dua jam.

Jelasnya, aras air Sungai Gombak di Stesen Jalan Tun Razak berada pada aras bahaya dengan bacaan 31.99m. Aras air Sungai Gombak di Jalan Parlimen dan Sungai Klang di Stesen Jambatan Tun Perak masing-masing 30.38 meter dan 30.12 meter.

Kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi.

Menurut beliau, bacaan hujan dalam tempoh setahun sebanyak 2,500 mm menjadikan purata bacaan (kira-kira) 200 mm sebulan.

Tetapi dalam masa dua jam sahaja semalam, bacaan melebihi 106 mm iaitu lebih setengah daripada purata sebulan.

Pihaknya juga telah melencongkan Terowong SMART kepada Mod 2B pada jam 3.40 petang, Mod 2 pada 3.58 petang dan Mod 3 pada 4.44 petang.

275014902 10162946554049572 4283102955062617956 n

Semua infrastruktur sistem kawalan banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan (JPSWKL) juga beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Tambahnya lagi, terowong SMART berkesan tetapi ianya berisiko kerana air banyak sangat dalam beberapa jam. Pada masa akan datang pihaknya merancang untuk meninggikan ban di sungai dan tingkatkan hebahan ramalan di MetMalaysia.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas