Connect with us

Oh! Media

“Sebulan Tunggu Jenazah Anak” – Bapa Nor Fahizatul Rayu Anaknya ‘Dikembalikan’

Oh! Tidak

“Sebulan Tunggu Jenazah Anak” – Bapa Nor Fahizatul Rayu Anaknya ‘Dikembalikan’

Terdahulu, masyarakat digemparkan dengan berita kehilangan seorang wanita bernama Nor Fahizatul Syahira sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan reput di tepi Sungai Jebong, Taiping, sebulan yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Tulang Kaki Dijumpai, Penganggur Terima Hukuman Mati Kerana Bunuh Teman Wanita

Beberapa hari kemudian, seorang penganggur yang merupakan teman lelaki mangsa telah ditahan dan berdepan hukuman mati atas tuduhan membunuh teman wanitanya itu.

Menurut sumber, suspek, Mohd Khairul Nizam, 34, didakwa melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian ke atas mangsa di sebuah bilik di Jalan Taman Mawar, Simpang, pada jam 2 petang, 4 Oktober lalu.

Berdasarkan soal siasat, lelaki tersebut mengaku telah bergaduh dengan mangsa di sebuah rumah sebelum memukulnya sehingga mati.

Bapa Nor Fahizatul harap anaknya dapat dikebumikan segera

Bagaimanapun, bapa kepada mangsa, Sopa Wazi merayu agar jenazah anaknya dapat dikebumikan segera selepas menunggu lebih sebulan untuk dibedah siasat.

Menurut laporan Kosmo, walaupun kejadian itu sudah sebulan berlalu, namun pihaknya masih belum dapat membawa pulang jenazah anak sulungnya ke pangkal keluarga.

Kita bersetuju dengan proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya tetapi sehingga sekarang mayatnya belum dibenarkan dituntut.

Kami ingin arwah dikebumikan segera kerana ia mampu menghilangkan tekanan yang ditanggung keluarga sebaik menge­tahui dia dibunuh.

Harap suspek dikenakan hukuman setimpal

Dalam pada itu, Sopa turut menyesali tindakannya yang membenarkan anaknya berjumpa dengan lelaki tersebut pada 1 Oktober lalu selain berharap suspek dapat hukuman yang setimpal jika terbukti bersalah.

Tambahnya, anaknya berasa teruja selepas ditawarkan pekerjaan oleh teman lelakinya sebelum nekad pergi ke Taiping. Namun selepas lima hari, dia gagal menghubungi Nor Fahizatul.

Saya hanya dimaklumkan mengenai penemuan mayatnya oleh anak pada 27 Oktober sebelum bergegas ke Hospital Taiping untuk membuat pengecaman.

Selain itu, Sopa juga menyatakan bahawa anaknya sebelum ini pernah diceraikan oleh suami pada tahun lepas dan terpaksa menyara dua orang anaknya dengan menjual kuih secara dalam talian.

Dia berharap dapat bekerja dan mengumpul wang untuk menyara dua anaknya yang kini dipelihara bekas suaminya.

Walaupun reda dengan pemergiannya, namun Sopa berharap agar jenazah anaknya dapat dikebumikan lebih-lebih lagi melihat mayat anaknya yang tidak sempurna ketika ditemui.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas