Connect with us

Oh! Media

Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun Bina Semula Simpanan?

Trending

Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun Bina Semula Simpanan?

Demi kelangsungan hidup semasa pandemik, ramai yang mengambil inisiatif mengeluarkan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

ADVERTISEMENT

BACA: Bossku Kembali Dengan Cadangan Memihak Rakyat Untuk Naikkan Pengeluaran KWSP?

Hal ini telah menyebabkan seramai 3.6 juta ahli KWSP mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra menjadi punca utama simpanan ahli kian susut.

kwsp

Jelasnya lagi, KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja tambahan selama empat hingga enam tahun untuk bina semula simpanan yang dikeluarkan semasa pandemik baru-baru ini.

Dilaporkan juga, susulan inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan. Dalam jumlah itu, 78 peratus atau lebih tiga perempat yang memohon adalah ahli Bumiputera.

Ini menyebabkan seramai 4.4 juta atau 54 peratus ahli Bumiputera mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000. Manakala 2 juta atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM1,000.

Kerajaan bersama KWSP sedang berusaha membantu ahli membina semula simpanan mereka demi masa depan persaraan.

Kerajaan kekal dengan pendirian memperkukuh agenda perlindungan sosial untuk Keluarga Malaysia. Ini termasuklah kesinambungan insentif i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2020.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas