Connect with us

Oh! Media

“Ketakutan Terburuk Kami, Mimpi Ngeri Penduduk Gaza Nampaknya Jadi Kenyataan” – UNICEF

unicef

Trending

“Ketakutan Terburuk Kami, Mimpi Ngeri Penduduk Gaza Nampaknya Jadi Kenyataan” – UNICEF

Jurucakap agensi PBB Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder berkata, Rafah merupakan bandar kanak-kanak dan tidak boleh diserang.

ADVERTISEMENT

BACA: Pendatang Haram Israel Bom Rafah, Palestin Tanpa Henti Sejak Malam Tadi

Lapor Agensi Anadolu, Elder menyatakan lebih separuh daripada kanak-kanak Gaza tinggal di bandar Rafah dan ketakutan terburuk mereka yang merupakan mimpi ngeri penduduk Gaza nampaknya menjadi kenyataan.

rafah

Amat menyedihkan apabila amaran serta data mengenai jumlah kanak-kanak dan wanita yang terkorban, termasuk rumah-rumah dan hospital yang musnah semuanya diabaikan.

Peristiwa hujung minggu lepas di Gaza – pembunuhan berterusan kanak-kanak, lebih banyak serangan daripada pihak yang berperang dan kini arahan evakuasi – sekali lagi mendedahkan bagaimana pihak yang terlibat dalam konflik ini terus mengabaikan nyawa serta perlindungan terhadap kanak-kanak dan orang awam.

Jurucakap Unicef mendesak hantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza diteruskan. Rafah juga tidak boleh diserang dan kanak-kanak tidak boleh dibunuh lagi.

Operasi ketenteraan akan merumitkan penghantaran bantuan. Jika pintu Rafah ditutup untuk tempoh yang panjang, adalah sukar untuk melihat bagaimana kebuluran di Gaza boleh dielakkan.

Sebagai wakil Unicef, beliau menggesa permusuhan perlu dihentikan dan bagi kanak-kanak Rafah, mereka memerlukan gencatan senjata sekarang.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas