Connect with us

Oh! Media

Tak Ada CCTV Dan Dashcam, Polis Giat Buru Dua Suspek Kes Pecah Cermin Kereta Safiq Rahim

Safiq Rahim

Oh! Arena

Tak Ada CCTV Dan Dashcam, Polis Giat Buru Dua Suspek Kes Pecah Cermin Kereta Safiq Rahim

Susulan daripada kes pecah cermin kereta pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yang dipercayai kes khianat, pihak polis sedang giat memburu dua individu yang terlibat.

BACA: Safiq Rahim Jadi Target Ketiga, Kereta Pecah Diserang Dua Individu Di Pusat Latihan JDT

Menurut laporan mStar, Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya telah menerima laporan kejadian itu dan sedang menyiasat motif serangan yang dilakukan.

IKLAN

Raub menyatakan siasatan juga mendapati tiada CCTV di tempat kejadian dan kereta mangsa juga tidak memasang dashcam di kenderaan.

Kereta

Namun polis giat mengesan saksi dan setakat ini belum ada yang dipanggil.

Mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dengan kerosakan pada cermin bahagian belakang kereta yang dipecahkan suspek.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengkhianat dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau denda.

Terdahulu, Safiq Rahim mendakwa keretanya telah dipecahkan oleh dua pembonceng motosikal dengan sebatang tukul besi.

Sama-samalah kita doakan tiada kes macam ini terjadi lagi dan semoga pelaku akan ditahan.

Kredit: mStar | Majoriti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas