Connect with us

Oh! Media

Tulang Kaki Dijumpai, Penganggur Terima Hukuman Mati Kerana Bunuh Teman Wanita

penganggur

Trending

Tulang Kaki Dijumpai, Penganggur Terima Hukuman Mati Kerana Bunuh Teman Wanita

Kejadian di Taiping Perak, seorang penganggur dikenakan hukuman mati atas tuduhan membunuh teman wanita yang dijumpai mayatnya yang sudah reput di tepi Sungai Jebong, bulan lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Bunuh Lelaki Perkosa Isterinya Dijatuhkan Hukuman Penjara 8 Tahun

Menerusi laporan Kosmo, Mohd. Khairul Nizam Ibrahim, 34, didakwa telah melakukan pembunuhan terhadap teman wanitanya, Norfahizatul Syahira Sopa, 32 di dalam sebuah bilik pada 4 Oktober lalu.

Tulang manusia dalam keadaan reput

penganggur
Suspek kes bunuh (Foto: Kosmo)

Suspek tidak membuat sebarang pengakuan dan pendakwaan terhadapnya telah diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam. Sebutan semula kes akan dilakukan pada 20 Januari 2022.

Penganggur ini telah ditahan dua hari selepas penemuan mayat mangsa yang sudah reput. Mayat itu dijumpai oleh pemandu lori, yang terjumpa tulang kaki manusia, badan manusia dari kepala hingga ke pinggang dalam keadaan reput sepenuhnya.

Menurut Kosmo, lelaki itu telah bergaduh dengan teman wanita sebelum dia memukul mangsa sehingga mati.

Begitu kejam lelaki ini menyeksa teman wanitanya. Harap semua berhati-hati dalam memilih pasangan kerana takut akan menerima tindakan yang kejam seperti ini..

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas