Connect with us

Oh! Media

“Mawi Tak Memandu Dan Tiada Lesen” – Ekin Tak Pernah ‘Check’ Telefon Suami Sejak Kahwin

mawi

Oh! Artis

“Mawi Tak Memandu Dan Tiada Lesen” – Ekin Tak Pernah ‘Check’ Telefon Suami Sejak Kahwin

Juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi berpendapat kejujuran sangat penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

ADVERTISEMENT

BACA: Ekin Mawi Tak Puas Hati Kena Caj RM1200, Owner Kedai Jelaskan Harga Untuk 20 Orang Makan

Mawi bersyukur Allah SWT memberikan kasih sayang yang kuat dalam rumah tangganya bersama isteri sehingga kini sudah mencecah 16 tahun bersama.

ekin mawi

Isterinya, Ekin juga berpandangan serupa dan sentiasa reda setiap kali Mawi keluar rumah untuk mencari nafkah.

Mereka juga saling percaya di antara satu sama lain membuatkan Ekin tidak menjadikan memeriksa telefon bimbit sebagai rutin.

Saya percaya kalau berlaku ketidakjujuran, lambat laun Tuhan beri petunjuk. Saya tidak suka kongkong suami atau bertanya dia hendak ke mana setiap kali bergerak.

Dedah Ekin lagi, dia hanya mampu berdoa Allah mempermudahkan setiap langkah suaminya itu.

mawi

Ekin juga menarik nafas lega kerana bapa saudaranya menjadi pengurus Mawi. Dan rupa-rupanya Mawi tiada lesen memandu dan sentiasa ditemani pengurus ke mana-mana.

Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, dia ditemani bapa saudara saya.

Beruntung betul Mawi kan? Mana tidaknya, Ekin tidak pandai cemburu dan tidak marah jika suaminya itu perlu bekerjasama dengan artis wanita demi kerja.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas