Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

‘Saya Juga Orang Kampung, Doakan Kita Dapat Pulang Beraya Tahun Ini’ – Ismail Sabri

Oh! Tidak

‘Saya Juga Orang Kampung, Doakan Kita Dapat Pulang Beraya Tahun Ini’ – Ismail Sabri

Tak seronok jadinya bila tak dapat pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitiri, betul tak? Cukuplah tahun lepas kita cuma duduk saja di rumah dan sambut dengan keluarga kecil.

Itu kita okay lagi, ada pula individu yang merantau untuk bekerja dan berjauhan dengan keluarga, sedihnya raya sorang-sorang. Menurut laporan Bernama, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap supaya urusan pulang ke kampung pada hari raya dapat dilaksanakan.

Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.

Tetapi dengan kes yang makin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung.

Melihat akan penurunan kes harian, berkemungkinan yang kerajaan akan membenarkan rentas negeri dengan penilaian risiko dari KKM suatu hari nanti.

Walaubagaimanapun, salah satu punca kes meningkat sebelum ini pun adalah disebabkan rentas negeri. Jadi, keputusan untuk membuka sempadan negeri buat masa ini harus dipertimbangkan lagi disebabkan negara kita masih lagi mencatatkan empat angka kes harian.

ADVERTISEMENT

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top