Connect with us

Oh! Media

neelofa

Oh! Artis

Neelofa Dan PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Langgar SOP PKPB

Pasangan selebriti penuh kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dilaporkan mengemukan pengakuan tidak bersalah di atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Pertuduhan ke atas pasangan ini difahamkan telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, pagi ini.

IKLAN

Neelofa RIz

Dakwaan ini bermula apabila pasangan itu dilihat memuat naik gambar dan video di sebuah kedai karpet bertempat di Nilai pada 2 Mei lalu.

Neelofa dan suaminya didakwa gagal melakukan imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke premis tersebut. PU Riz turut didakwa atas satu lagi kesalahan iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Suaminya dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000, manakala Neelofa pula dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 meskipun pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepadanya.

Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 4 Jun depan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan perihal hiburan dan isu trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas