Connect with us

Oh! Media

Dah Boleh Rentas Negeri, KKM Sedia Hadap Risiko Kes Naik

rentas negeri

Trending

Dah Boleh Rentas Negeri, KKM Sedia Hadap Risiko Kes Naik

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri dilakukan pada 11 Oktober 2021. Kini, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan risiko berlakunya peningkatan kes Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Menurut Berita Harian, Khairy Jamaluddin berkata, KKM akan terus memantau corak jangkitan dan data pergerakan orang ramai dalam mengunjurkan kemungkinan berlaku penularan wabak.

Lonjakan kenderaan pada hari pertama

Khairy Jamaluddin mengatakan, pemantauan itu perlu dilakukan atas lonjakan pergerakan kenderaan merentas negeri pada 11 Oktober lepas, khususnya di Semenanjung dari semua arah, sama ada menuju ke utara, selatan atau ke Lembah Klang.

Pergerakan kenderaan pada hari pertama rentas negeri dibenarkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) didapati meningkat 14 peratus secara keseluruhan.

Pergerakan kenderaan menuju ke arah utara di Lebuhraya PLUS adalah yang tertinggi apabila mencatat peningkatan 20.5 peratus.

Pergerakan rentas negeri ke arah selatan di Lebuhraya PLUS pula meningkat 15.4 peratus, manakala pergerakan menuju ke Lembah Klang pula meningkat 9.7 peratus. – Khairy Jamaluddin

Apabila aktiviti rentas negeri ini sudah diizinkan kepada rakyat, Khairy menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan TRIIS, iaitu test, report, isolate, inform dan seek bagi mengawal penularan Covid-19.

Lokasi berisiko tinggi

Khairy juga mengingatkan semua petugas lebuh raya perlu memastikan sistem pengudaraan yang baik dan penjarakan fizikal dilakukan di lokasi-lokasi berisiko tinggi di semua pusat Rehat dan rawat (R&R) lebuh raya.

Pihak lebuh raya perlu bersedia untuk menerima jumlah kenderaan tinggi, yang dijangka akan berlaku hujung minggu ini, iaitu hujung minggu pertama selepas rentas negeri dibenarkan.

Pemegang konsesi lebuh raya juga diingatkan memastikan lokasi berisiko tinggi seperti surau R&R memiliki aliran udara yang baik dan ditanda untuk penjarakan fizikal sebelum aktiviti rentas negeri beramai-ramai yang dijangka hujung minggu ini. -KJ

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussin juga mengingatkan rakyat untuk tidak leka terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan kerana rakyat masih perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan, serta melakukan pemeriksaan secara rawak , pemeriksaan mengejut dan pemantauan di R&R serta SJR di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Pertama, saya nak tekankan di sini bahawa jangan kita bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran diberikan.

Keduanya, kebenaran yang diumumkan bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan.

Dalam mesyuarat (Menteri Kuartet COVID-19) tadi (semalam), kita telah mendapat laporan dan juga berbincang dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM… mereka memberi jaminan pemantauan dan penguatkuasaan SOP sedia ada akan diteruskan. – Datuk Seri Hishammudin

Tegas Hishammudin, rakyat yang melakukan perjalanan ke luar negara, termasuk untuk melancong masih perlu menjalani kuarantin apabila pulang. Beliau juga menasihatkan jika rakyat ada sebarang gejala, diminta untuk tangguhkan perjalanan dan melakukan ujian pengesahan Covid-19 sebelum atau selepas pulang ke negeri bermastautin.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas