Connect with us

Oh! Media

Sindiket Penyeludupan Rohingya Didakwa Kenakan Bayaran Hingga RM40,000 Seorang

Ohmedia rohingya

Oh! Negara

Sindiket Penyeludupan Rohingya Didakwa Kenakan Bayaran Hingga RM40,000 Seorang

Sindiket penyeludupan Rohingya didakwa kenakan bayaran hingga RM40,000.

Sindiket penyeludupan Rohingya ke Malaysia didakwa mengenakan bayaran besar bagi membawa masuk individu tertentu ke negara ini.

Menurut peguam, Nurul Hafidzah Hassan, bayaran itu dipercayai antara RM15,000 hingga RM25,000 seorang, bergantung kepada umur, jantina dan tujuan mereka dibawa masuk.

Nurul Hafidzah mendakwa jumlah bayaran boleh meningkat sehingga RM30,000 hingga RM40,000 bagi kanak-kanak perempuan dan wanita yang dibawa masuk untuk bernikah di Malaysia.

IKLAN

Pelarian Rohingya naik bot kecil, bayar melalui ejen Myanmar

Kredit Foto Sinar Harian

Katanya, ejen Rohingya akan membuat bayaran kepada ejen Myanmar lengkap dengan nama serta butiran individu yang perlu dibawa masuk. Individu terbabit kemudian dipercayai dibawa menggunakan beberapa bot melalui laluan laut sebelum memasuki perairan tempatan.

Selepas urusan pembayaran selesai, individu terbabit akan diambil menggunakan bot kecil di pesisiran pantai Myanmar sebelum dipindahkan ke bot yang lebih besar di Bangladesh.

Mereka akan tukar bot lagi di tengah laut kemudiannya melalui perairan Thailand dan Indonesia sebelum menunggu ketibaan bot-bot lain yang mengambil alih perjalanan.

Kemudian, kumpulan migran terbabit dipercayai akan diambil oleh tekong laut Malaysia dan tukar bot lagi kepada yang lebih kecil untuk masuk laluan tempatan.- Katanya.

Pelarian Rohingya ditempatkan di rumah transit

Rohingya

Menurut Nurul Hafidzah, selepas tiba di daratan, kumpulan terbabit dipercayai dibawa menggunakan lori oleh individu yang bertindak sebagai tekong darat Malaysia.

Mereka kemudian ditempatkan di rumah transit yang disewa oleh ejen Rohingya sementara menunggu untuk dihantar ke destinasi seterusnya. Jelasnya, penghantaran biasanya dilakukan secara berperingkat dalam kumpulan kecil.

Nurul Hafidzah turut berkata, usaha membanteras penyeludupan pendatang asing tanpa izin Rohingya perlu memberi fokus kepada pihak yang menjadi tali barut. Maklumat itu dikongsikan berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes anggota polis yang didakwa di bawah SOSMA dan ATIPSOM.

Pssttt! Isu penyeludupan manusia ini memang bukan benda kecil sebab ia melibatkan wang besar, rangkaian terancang dan keselamatan negara. Harapnya pihak berkuasa dapat kenal pasti dalang sebenar supaya kegiatan macam ini tak terus jadi laluan mudah untuk pihak tidak bertanggungjawab.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas