Connect with us

Oh! Media

“Finally Khairul Aming Jatuh” – Haters Gembira Video Tak Masuk FYP, Ini Penjelasan Tuan Badan

Ohmedia khairul aming borak dengan orang tua

Oh! Artis

“Finally Khairul Aming Jatuh” – Haters Gembira Video Tak Masuk FYP, Ini Penjelasan Tuan Badan

Khairul Aming jelaskan punca video TikTok miliknya gagal masuk FYP.

Hantaran video terbaru usahawan popular, Khairul Aming yang hanya meraih sekitar 300,000 tontonan di TikTok ternyata mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan netizen.

Malah, ada yang mula mendakwa populariti personaliti media sosial dan usahawan terkenal itu semakin merosot selepas video berkenaan gagal mencatat jumlah tontonan seperti kebiasaannya.

Haters gembira video Khairul Aming tak FYP

khairul aming

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata ramai mula membuat pelbagai andaian selepas melihat prestasi video tersebut.

IKLAN

Kalau pergi ke profil saya, ada satu video terbaharu dan video itu hanya dapat sekitar 300,000 tontonan. Ramai mula buat andaian. “Khairul Aming views flop, akhirnya TikTok dah tak relevan, semua orang dah pindah ke Threads. Khairul Aming dah masuk era kejatuhan”.

Bukan itu sahaja, Khairul Aming turut mendedahkan terdapat segelintir individu yang gembira melihat jumlah tontonan videonya lebih rendah daripada biasa.

Ada juga haters saya kata, “Memang tunggu saat ini, akhirnya Khairul Aming jatuh. Ya Allah, dahsyat betul membenci saya.”

Rupanya Khairul Aming sedang buat eksperimen

Ohmedia khairul aming raya staf 2025

Bagaimanapun, Khairul Aming menjelaskan bahawa video tersebut sebenarnya merupakan satu eksperimen yang sengaja dilakukannya.

Menurutnya, dia mahu menguji sama ada sistem TikTok mampu mengesan kandungan lama yang dimuat naik semula selepas melalui sedikit suntingan.

Video itu sebenarnya saya dah pernah muat naik sebelum ini. Kalau tengok semula pada Oktober tahun lalu, video itu pernah dapat 10 juta tontonan.

Khairul Aming kemudian mengambil video yang sama, melakukan sedikit suntingan dan menukar suara latar sebelum memuat naiknya semula ke TikTok.

Hasil eksperimen itu menunjukkan TikTok dipercayai berjaya mengesan bahawa kandungan berkenaan merupakan video lama yang pernah dimuat naik sebelum ini.

Disebabkan itu, video tersebut tidak disebarkan secara meluas di halaman For You Page atau FYP seperti kandungan Khairul Aming yang lain.

Pssttt! Nampaknya, jumlah tontonan yang rendah tidak semestinya bermakna seseorang pencipta kandungan sudah mula kehilangan populariti. Dalam kes Khairul Aming, semuanya hanyalah satu eksperimen untuk menguji sistem TikTok. Jadi, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan hanya berdasarkan satu video.

Kredit: Thread @fitzayn8
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas