Oh! Artis
“Sebab Tu Kena Pilih Sekufu” – Netizen Bengang Didi Astillah Buat ‘Prank’, Reaksi Syed Saddiq Jadi Perhatian
Ramai simpati tengok reaksi YB Syed Saddiq terkejut dengan prank yang dibuat.
Niat mahu menceriakan sambutan hari jadi bertukar menjadi detik yang cukup tegang apabila satu prank melibatkan keluarga Bella Astillah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Kejadian itu berlaku ketika acara makan-makan bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran ibu Bella, Eina Astillah, malam tadi.
Didi tiba-tiba naik angin dengan pelayan
Ketika majlis sedang berlangsung, adik Bella, Didi Astillah tiba-tiba dilihat bertengkar dengan seorang pelayan restoran dipercayai berpunca daripada isu berkaitan air.
Keadaan mula menjadi panas apabila Didi dilihat naik angin dan memarahi pelayan berkenaan. Pelayan tersebut juga dipercayai memberikan reaksi yang sama sehingga situasi menjadi semakin tegang.
Syed Saddiq yang berada di lokasi kemudian cuba menenangkan keadaan dan meminta semua pihak supaya tidak terus bergaduh.
Ibu Bella yang menjadi mangsa prank turut bangun dan memarahi Didi kerana tidak menyangka anaknya sanggup membuat kecoh ketika majlis hari jadinya sendiri.
Namun, tidak lama selepas itu, Didi akhirnya memberitahu bahawa pergaduhan berkenaan hanyalah satu prank.
Eina yang terkejut dengan pendedahan itu dilihat menangis, manakala Syed Saddiq turut terpinga-pinga selepas mengetahui segala yang berlaku hanyalah lakonan.
Reaksi Syed Saddiq yang kelihatan serius ketika cuba meleraikan pergaduhan turut menjadi perhatian ramai.
Netizen kurang senang dengan prank Didi

Bagaimanapun, prank berkenaan tidak mendapat sambutan baik daripada sebahagian netizen yang menyifatkan tindakan tersebut keterlaluan dan tidak sesuai dilakukan ketika majlis keluarga.
Seorang pengguna media sosial menegur supaya Syed Saddiq dihormati sebagai seorang ahli Parlimen.
Seorang lagi netizen pula menasihatkan supaya prank yang dianggap tidak berfaedah seperti itu tidak dijadikan kebiasaan.
Educated vs uneducated. Really got no class terjerit-jerit even prank.
Dalam masa sama, ada juga netizen yang melihat situasi tersebut dari sudut lebih santai dan menganggap Syed Saddiq perlu menyesuaikan diri dengan keluarga penghibur.
Pssttt! Prank mungkin dibuat untuk menceriakan suasana, tetapi apabila melibatkan jeritan, kemarahan dan emosi ibu bapa, ia boleh membuatkan keadaan menjadi tidak selesa. Lebih baik sambutan hari jadi diraikan dalam suasana gembira tanpa membuatkan orang tersayang terkejut atau terluka.
Kredit: Thread amirdaniel91
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
