Connect with us

Oh! Media

Zul Yahya Tolak Tawaran Berlakon Demi Jaga Masa Depan Anak-Anak

Ohmedia zulyahya isteri

Oh! Artis

Zul Yahya Tolak Tawaran Berlakon Demi Jaga Masa Depan Anak-Anak

Zul Yahya tegaskan tidak akan kembali berlakon kerana mahu menjaga masa depan dan kehidupan anak-anaknya.

Sudah lebih 10 tahun meninggalkan dunia seni, pelakon dan usahawan Zul Yahya nampaknya masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak kembali berlakon.

Walaupun pernah menerima tawaran daripada rakan-rakan lama dalam industri, Zul berkata keputusannya itu dibuat kerana mahu memberi keutamaan kepada keluarga, terutama anak-anaknya.

Zul Yahya tak bermaksud pandang rendah dunia lakonan

Kredit Foto Zul Yahya

Memetik laporan HibGlam, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya berkata, dia pernah menerima tawaran untuk kembali ke set penggambaran.

IKLAN

Menurut Zul, keputusan itu bukan dibuat kerana dia memandang rendah dunia lakonan, sebaliknya mahu menjaga anak-anak daripada kesan kemasyhuran.

Dulu memang pernah ada tawaran tetapi mungkin ramai tahu saya akan tolak, jadi sekarang saya tidak lagi menerima apa-apa tawaran. Ramai juga kawan lama yang dah bergelar pengarah ajak saya masuk set.

Mereka pun faham bila saya tolak. Bukan sebab saya dah berhijrah, cuma apabila dah ada anak-anak, saya tak mahu benda itu (kemasyhuran) sedikit sebanyak bagi kesan kepada mereka.- Katanya.

Pilih kehidupan lebih selamat untuk keluarga

Kredit Foto Zul Yahya

Bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata, kemasyhuran pada hari ini tidak sama seperti dahulu. Baginya, dunia sekarang terlalu terbuka, malah seseorang boleh menjadi popular hanya melalui media sosial walaupun tanpa muncul di televisyen.

Zul berkata, dia mahu mencari jalan rezeki yang lebih baik untuk keluarganya dan mahu anak-anak melihat sendiri usaha ibu bapa mereka mencari rezeki.

Anak-anak tahu bapa mereka pelakon. Walaupun tidak lagi aktif berlakon, Zul berkata anak-anaknya tahu dia pernah bergelar pelakon.

Ini kerana masih terdapat majalah lama dan VCD yang disimpan di rumah mereka. Pelakon filem Usin UFO itu juga memaklumkan kediamannya tidak mempunyai televisyen.

Pssttt! Kadang-kadang keputusan untuk tinggalkan sesuatu yang pernah buat kita dikenali bukan mudah. Tapi kalau itu jalan yang dirasakan lebih baik untuk keluarga, kita doakan semoga urusan Zul Yahya sekeluarga dipermudahkan dan terus kuat mencari rezeki.

Kredit: Hibglam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas