
Oh! Tidak
Lantik Tauke Vape Jadi Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Firdaus Wong Persoal Tindakan KKM
Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melantik Presiden Persatuan Peruncit Peranti dan Cecair Rokok Elektronik (MRECA), Datuk Adzwan Ab Manas sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rembau telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Perkara ini dikongsikan oleh Firdaus Wong menerusi satu hantaran di Facebook miliknya yang mempersoalkan kewajaran pelantikan seorang yang sinonim dengan industri vape dalam jawatan berkaitan imej hospital dan komuniti.
Surat lantikannya ditandatangani Menteri Kesihatan

Menurut Firdaus Wong, surat pelantikan Datuk Adzwan bertarikh 23 Jun 2025 itu ditandatangani sendiri oleh Menteri Kesihatan.
Surat itu menyatakan tanggungjawab beliau sebagai ahli lembaga. Antaranya ialah:
Bertanggungjawab menjelaskan isu berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan hospital kepada orang awam dari semasa ke semasa bagi MENJAGA NAMA DAN IMEJ HOSPITAL SERTA MENGELAKKAN TANGGAPAN NEGATIF DALAM KOMUNITI.
Beliau turut mengimbas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada 24 April lalu yang menyokong tindakan beberapa negeri mengharamkan vape serta gesaan PMX pada 18 Jun agar isu vape dan dadah melibatkan anak muda diselesaikan segera.
“Apa mesej ingin disampaikan?”

Beliau turut menyatakan minat untuk mengetahui mesej sebenar yang ingin disampaikan kerajaan dengan pelantikan itu.
Pssttt! Dalam keadaan kerajaan sendiri menunjukkan kesungguhan memerangi isu vape, tindakan ini dilihat bercanggah dengan mesej yang cuba dibawa. Adakah ini langkah ke belakang atau sekadar salah tafsir peranan? Kita tunggu penjelasan lanjut daripada pihak berkenaan.
Kredit: Facebook Firdaus Wong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
