Trending
Timbul Dakwaan Klinik Kesihatan Henti Terima Walk-In Mulai 2026, KKM Akhirnya Tampil Bersuara
KKM nafikan dakwaan klinik kesihatan tidak terima walk-in mulai 2026. Walk-in masih dilayan termasuk kecemasan dan warga emas.
Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa mesej tular di media sosial yang mendakwa klinik kesihatan (KK) tidak lagi menerima pesakit secara ‘walk-in’ bermula Januari 2026 adalah tidak benar.
Menurut laporan Kosmo, KKM dalam satu kenyataan menjelaskan walaupun sistem janji temu menjadi kaedah utama rawatan di fasiliti kesihatan, ruang untuk pesakit walk-in masih disediakan.
(Kaedah walk-in) Khususnya melibatkan kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan, namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu.
KKM jelaskan janji temu diberi keutamaan, walk-in tetap dilayan

Menurut KKM, pesakit yang hadir dengan janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan. Namun, ini tidak bermakna pesakit walk-in ditolak.
Kementerian itu turut menegaskan bahawa perkhidmatan walk-in akan terus diteruskan bagi memastikan akses rawatan yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.
Kekeliruan cetus kebimbangan orang ramai

Sebelum ini, tular satu hantaran berbentuk ‘pesanan khidmat pelanggan’ yang mendakwa orang ramai wajib menggunakan sistem janji temu sepenuhnya dan tidak lagi boleh mendapatkan rawatan walk-in di mana-mana KK.
Dakwaan itu mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan, khususnya dalam kalangan warga emas serta mereka yang tidak mempunyai akses teknologi.
Pssttt! Sebelum panik, semak dahulu kesahihan maklumat. Rujuk sumber rasmi agar tidak terkeliru dengan mesej tular yang tidak sahih.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM